Gambar Oleh: Sam Edesius
Pada hari kedua
Ahad, 6hb Mei 2012. Lokasi Misa Kudus Pesta kaamatan Peringkat Paroki Katedral St. Mary Sandakan tahun ini adalah di Gereja St. Mark Bt. 12 Sandakan, diselebrankan oleh Paderi Paroki, Rev. Fr. Thomas Makajil yang bertemakan: “Iman Mewujudkan Solidariti Komuniti.” Pesta ini dihadiri oleh berbagai suku kaum bangsa dan keturunan.Paroki Katedral St. Mary adalah terdiri dari zon Beluran, Ulu Dusun dan St. Mark bt. 12, Kinabatangan dan Paitan. Setiap tahun akan mengadakan keramaian Pesta Kaamatan secara bergilir.
Umat berpakaian tradisi mewakili kawasan masing-masing. |
Pembacaan Ke-2 |
Fr Thomas dalam homilinya, katanya: "Sudah menjadi kebudayaan kita setiap tahun merayakan 'hari
kesyukuran' kepada Tuhan; yang mencipta kita menurut gambar-Nya sendiri, kerana Dialah
yang telah memberi kita kehidupan dan semua benda apa saja kegunaan untuk kehidupan.
Itulah sebabnya bagi kita meluahkan kesyukuran kepada-Nya."
Menyentuh tentang tema fr. Thomas mengingatkan tentang kesatuan komuniti adalah datang dari kepercayaan
kepada Tuhan. "Bagi umat kristian, kesatuan komuniti ini sangat bererti. Kita percaya bahawa apa saja yang kita lakukan dengan semangat kerjasama mudah diselesaikan." Katanya.
Matheus Sodomon |
"Objektif utama perayaan pada tahun ini adalah untuk meneruskan pembangunan iman dan solidariti komuniti." Kata Matheus Sodomon selaku pengerusi penganjur. Beliau juga menerangkan bahawa tema tersebut melambangkan satu kesatuan yang intim antara umat beriman tanpa mengira suku, bangsa, kedudukan dan pangkat.
"Sepertimana yang dilakukan oleh para rasul Yesus, mereka sering berkumpul bersama untuk merayakan Sabda Tuhan dan makan bersama. Demikianlah juga kita dalam komuniti hari ini." katanya.
Beliau juga mengambil kesempatan untuk mempromosi kraftangan dan perkhidmatan mengurut Persatuan Orang-orang Buta Sabah di bawah pimpinan saudara Michael Jitan. Mereka dijemput khas bagi menyertai perayaan tersebut.
Fr Thomas sedang memalu gong sebagai tanda perasmian perayaan. |
Penyerahan Simbolik Kaamatan kepada Katedral St Mary yang akan menjadi tuan rumah pada tahun 2013. |
Upacara penyampaian hadiah sukaneka.
ACARA PENTAS di Dewan Gereja dengan pelbagai program seperti persembahan koir, pertandingan Sugandoi bagi 5 peserta finalis, penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang sukaneka, persembahan dari setiap Gereja, cabutan tiket bertuah, pertandingan Tina Tosuau Om Tosindak (Ratu Ibu), Pertandingan membuat Hinava dan minuman tradisi dan pertandingan Membaca Alkitab dalam bahasa Kadazandusun dan Murut (KDM).
20 GERAI-GERAI KOMUNITI masing-masing menjual bermacam-macam makanan dan minuman tradisi yang dibuka selama dua hari sempena perayaan Pesta Kaamatan ini berlangsung bagi memeriahkan lagi suasana sambil ratusan pengunjung yang hadir menikmati dan menyaksikan acara-acara yang berlangsung.
Acara keseluruhan sukaneka 'Juara' dimenangi oleh perwakilan dari St Mark. |
Perayaan Pesta Kaamatan peringkat Paroki Sandakan berakhir pada jam 6.30 petang dengan doa penutup oleh Fr. Thomas. Tuan rumah Pesta Kaamatan Paroki pada tahun hadapan adalah Katedral St. Mary Sandakan.
No comments:
Post a Comment