Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 11, 2012

Uskup Julius gembira merayakan Paskah bersama penduduk kampung Kiabau, Telupid


Bertram Lansing
KG. KIABAU terletak 45km dari pekan TELUPID. Majoriti penduduk adalah penganut Katolik. Umat merasa bersyukur kepada Tuhan atas kehadiran Bapa Uskup Julius Dusin Gitom, Fr. Marcellinus Pongking dan Fr. Jasery Gabuk selaku rektor Paroki St. Martin Telupid  dalam Perayaan Paskah pada 10hb April 2012 yang diadakan di rumah kediaman keluarga Sdra Dedacius Ireneus, pengerusi Komiti Umat Katolik (KUK) St. Fidelis, Kiabau.
Umat beriman Kg. Kiabau menghadiri Misa Kudus di Chapel St. Fidelis Kiabau Telupid
Kehadiran Bapa Uskup bersama dua orang paderi telah menceriakan perayaan tersebut. “Ini merupakan suatu penghargaan terhadap penduduk Kg. Kiabau yang mengamalkan Komuniti Kristian Dasar (KKD) sebagai cara hidup.” kata pengerusi KUK.
Cara baru hidup menggereja yang mengamalkan hidup berkomuniti yang berpusatkan Injil adalah merupakan aspirasi Keuskupan Sandakan. Bapa Uskup Julius kerap kali menyentuh perkara ini di dalam homilinya agar umat Kristian harus hidup berkomuniti seperti yang diamalkan oleh Gereja awal.
Komuniti Kristian Kg. Kiabau berkumpul merayakan Paskah.
Bapa Uskup juga seringkali melawat ke kampung-kampung yang lain yang berada dalam kawasan Keuskupan Sandakan bagi tujuan menggalakkan semangat hidup berkomuniti. Cara hidup Komuniti Kristian adalah sangat mudah iaitu berkumpul, merayakan Sabda yang dipetik dari bacaan INJIL, kemudian bermesyuarat dan merancang amal kebajikan seperti melawat dan membantu jiran yang memerlukan pertolongan serta hadir dan melayani di dalam perayaan Ekaristi.
Lawatan Bapa Uskup sudah tentu telah menyemarakkan lagi semangat hidup berkomuniti penduduk di Kampung tersebut.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent