Sandakan
– Pada 29 April yang lalu, kami telah merayakan Minggu Panggilan di Katedral
St. Mary, Sandakan. Acara ini telah dimulakan dengan Misa Kudus di mana Rev.
Fr. Thomas Makajil telah menerangkan betapa penting itu panggilan dan berharap
agar ada ibu bapa yang sanggup membenarkan anak-anak mereka untuk menjadi
seorang paderi.
Para peserta mendengar perkongsian daripada para penyampai sesi |
Setiap tahun, Bapa Suci Benediktus ke-16 ada menyediakan mesej tentang Minggu Panggilan yang mana tahun ini bertemakan 'Panggilan sebagai Anugerah Kasih Allah'.
Selain
itu Seminarian Stanley juga telah menceritakan pengalamannya sebelum dan
sehinggalah sekarang (Seminari) di mana banyak pengalaman-pengalaman yang
diperoleh selama berada di Seminari St. Peter, Kuching, Sarawak.
Program
Minggu Panggilan ini diteruskan selepas Misa Kudus Bahasa Malaysia di Pusat
Kateketikal Fr. Mulder yang telah dihadiri seramai 30 peserta lelaki dan
perempuan.
Saudari
Airene telah memulakan program ini mengenai “Apakah Tugas-tugas/’Role’ Kita
Sebagai Seorang Belia Katolik?”. Beliau telah menerangkan betapa pentingnya
belia dan peranan mereka di Gereja.
Sesi “Apakah Tugas-tugas/’Role’ Kita Sebagai Seorang Belia Katolik?" yang telah disampaikan oleh Pn Airene |
Selain
itu Sr. Appollonia, FSIC juga telah menerangkan serba sedikit tentang bagaimaan
untuk memasuki atau pun menjadi seorang ‘Sister’.
Selain
daripada ceramah, kami juga telah menayangkan ‘slide show’ mengenai kehidupan
para Sister FSIC, Gembala Baik dan juga tentang kehidupan di Seminari.
Program
ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama.
"Ya Tuhan, pakailah hidup kami" |
Soccom SMCat
No comments:
Post a Comment