Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 18, 2012

'CLUB' MENYATUKAN PEMIMPIN BELIA TAWAU


 Felsa May
 

Tawau : “What’s up? How are you doing?” Begitulah tema pertemuan Kerasulan Belia Sandakan dan Kerasulan Belia Paroki Tawau ataupun lebih dikenali sebagai “club” pada kali ini. Saudari Anna Peter Amandus selaku kordinator KBK ditemani oleh 2 orang rakannya, Sharon Tan yang baru habis mengikuti kursus kepimpinan (Fondacio) di Philippines dan saudara Johnny, wakil belia dari St Dominic Lahad Datu tiba di Holy Trinity Tawau pada 26 April yang lalu.
“Club menyatukan kami”
Inilah yang menariknya pada setiap kali “club” diadakan di mana-mana paroki di Diosis Sandakan, iaitu hubungan di antara keempat-empat paroki dapat dibina dan dikuatkan melalui persaudaraan yang terjalin hasil daripada program “club” ini yang sudah dimulakan lebih setahun yang lalu. Pada kali ini, KBK dan KBP mengenang kembali pelayanan pada tahun sebelumnya terutama sekali setelah mengikuti Youth Leaders Camp yang lalu dan berkongsi pengalaman serta cabaran-cabaran yang dialami secara peribadi dan di dalam pelayanan bersama tim serta azam masing-masing dalam pelayanan pada masa hadapan.
Ultimate Ninja!! Waaaacha!......
Seperti biasa, “club” dimulakan dengan lagu “action song” dan diikuti dengan lagu-lagu pujian dan doa. Kemudian, dalam sesi “Let’s have fun’, tim KBK memperkenalkan satu bentuk permainan yang menyeronokkan dari paroki Lahad Datu yang diberi nama “Ultimate Ninja” sebagai pemecah suasana dan untuk mengurangkan rasa kekok di antara para ahli KBP dan KBK yang baru berkenalan. Walaupun agak susah untuk mengekalkan kedudukan aksi ninja, namun keseronokan jelas tergambar di setiap wajah ahli tim yang dari mula sehingga akhir permainan tersebut dipenuhi oleh gelak ketawa. J 
What’s up? How are you doing?
Seterusnya, kami dibawa merenung semula perjalanan pelayanan kami sebagai ahli KBP dan KBK dari mula kami dipanggil untuk melayani di dalam KBK atau KBP sehinggalah pada masa kini. Dalam tiga kumpulan kecil, kami berkomunikasi dengan lebih dekat dengan setiap rakan sepelayanan tentang khabar dan keadaan masing-masing sama ada dalam pelayanan di gereja ataupun keadaan di rumah dan tempat kerja. Perkongsian tersebut membawa hubungan kami lebih dekat di antara satu sama lain dalam satu tim berbanding pada masa-masa kami melakukan tugas atau pelayanan di tempat masing-masing.
Hasil dari perkongsian itu juga kami mengungkapkan rasa syukur kami melalui nyanyian, tarian, sajak dan lukisan tentang perasaan kami atas segala-galanya terutama sekali dalam mengenal dan mencintai Yesus dalam pelayanan kami di dalam belia. “Club” pada malam tersebut diakhiri dengan mendoakan sesama dan disatukan dengan doa Bapa Kami serta sedikit jamuan ringan.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent