TELUPID – 126KM dari Sandakan. Mesej Perayaan Pesta Kaamatan tahun ini telah memberi impak kepada komuniti Kristian Paroki Telupid. Pesanan tema tersebut telah di sampaikan oleh Bapa Uskup Julius dalam homili dan juga ucapannya di perasmian Pesta Kaamatan peringkat Paroki St. Martin Telupid dirayakan di Kapela St. Paul, Kg. Rumidi dalam Zon Nangoh pada 13 Mei, lepas.
Uskup Julius merasmikan Perayaan Kaamatan Telupid |
“Iman Mewujudkan Solidariti Komuniti” demikianlah bunyi tema yang dipilih oleh Penganjur pada tahun ini, agar umat dapat menghayati dan menuai dari nilai-nilai murni tujuan penganjuran Pesta Kaamatan tersebut oleh setiap Komuniti Kristian. Pesta Kaamatan bukanlah mengutamakan makanan dan minuman serta hiburan semata-mata. Gereja turut mengajak umatnya menghayati Sabda Tuhan melalui Perayaan Ekaristi terlebih dahulu.
Gereja bertanggungjawab membimbing umatnya untuk 'bersyukur' kepada Tuhan yang telah mencipta segala sesuatu yang memberikan kehidupan kepada manusia, disamping Gereja menekankan betapa pentingnya mesej tema dan nilai-nilai Kristiani dapat diterapkan di dalam pesta, terutama sekali acara-acara persembahan yang ingin menyampaikan maksud berdasarkan tema tersebut.
Gereja bertanggungjawab membimbing umatnya untuk 'bersyukur' kepada Tuhan yang telah mencipta segala sesuatu yang memberikan kehidupan kepada manusia, disamping Gereja menekankan betapa pentingnya mesej tema dan nilai-nilai Kristiani dapat diterapkan di dalam pesta, terutama sekali acara-acara persembahan yang ingin menyampaikan maksud berdasarkan tema tersebut.
Dalam ucapan Bapa Uskup Julius Dusin Gitom di buku cenderakenangan berkata bahawa komuniti yang beriman dan berdoa akan menikmati solidariti komuniti yang merupakan teras nilai Kristiani.
“Manusia sejak dulu hidup berkonsepkan komuniti. Namun apa yang ditekankan oleh Gereja adalah kehidupan iman yang tumbuh subur di dalam komuniti tersebut,” jelas Uskup semasa dalam ucapannya.
Perayaan Ekaristi yang di hadiri hampir 800 umat diselebrankan oleh Bapa Uskup sendiri dan dibantu oleh Paderi Paroki, Fr. Jasery serta turut dihadiri oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Malaysia, Datuk Ronald Kiandee, Ahli Dewan Rakyat P.183 Beluran.
Kelihatan Datuk Ronald Kiandee Ahli Dewan Rakyat Beluran (dua dari kanan) dan Albert Matusin turut hadir dalam Majlis Perasmian Kaamatan. |
Bapa Uskup turut berasa gembira kerana perayaan ini dirayakan bersama-sama oleh pelbagai komuniti yang terdiri dari pelbagai bangsa dan suku kaum. “Selari dengan perumpamaan dalam 1 Korintus 12:12, ‘banyak anggota, tapi satu tubuh. Kerjasama yang erat untuk memajukan apa juga aktiviti Gereja sepanjang masa mencerminkan kematangan budaya beriman di kalangan umat setempat,” tambahnya. Turut berucap ialah Pengerusi Pelaksana, Saudara Julian Amit Kidap dan Fr. Jasery.
Acara simbolik: Sdra Julian Amit menyerahkan peralatan menuai kepada Encik Herman sebagai tuan rumah 2013.
|
Bapa Uskup turut mengumumkan tuan rumah sambutan Kaamatan Paroki 2013 akan di adakan di Zon Pusat, St. Martin. Selesai Perayaan Ekaristi, acara memotong kek dan makan bersama diadakan di Dewan Serbaguna Kg. Rumidi, Nangoh. Pelbagai persembahan diadakan dari Zon Tongod, Zon Lumou, Zon Kiabau, Zon Pusat dan Zon Nangoh selaku tuan rumah. Tidak ketingalan persembahan tradisi dari suku kaum Timorese dan Filipino.
No comments:
Post a Comment