TELUPID – Bapa Uskup Julius Dusin Gitom bersama beberapa ahli Majlis Pastoral Paroki, St. Martin Telupid telah menanam 10 pokok Kayu Manis atau dalam nama saintifiknya 'Cinnamomun Burmannii' berhampiran rektori pada 6 Mei, lepas.
Aktiviti seumpama ini membawa kita kearah wujudnya perdamaian dengan lingkungan hidup dan alam semesta seperti kata Sri Paus Benedict XVI dalam mesejnya dalam Hari Perdamaian Sedunia 2010, 'Jika kamu mahu memupuk perdamaian, lindungilah ciptaan Tuhan.'
Aktiviti seumpama ini membawa kita kearah wujudnya perdamaian dengan lingkungan hidup dan alam semesta seperti kata Sri Paus Benedict XVI dalam mesejnya dalam Hari Perdamaian Sedunia 2010, 'Jika kamu mahu memupuk perdamaian, lindungilah ciptaan Tuhan.'
Kayu manis adalah sejenis
pokok yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan dan pokok teduhan kerana daunnya
yang cantik dan kulit batangnya yang kemerah-merahan. Kulit ini apabila
dikeringkan akan menjadi rempah yang kita kenali sebagai kulit kayu manis yang digunakan dengan meluas dalam semua jenis
masakan. Pada zaman Mesir purba kulit
kayu manis dicampur dalam kebanyakan masakan untuk mengelakkan makanan dari
cepat menjadi basi. Pokok kayu manis
boleh mencapai ketinggian hingga 30 kaki dan ia termasuk dalam kelompok pokok
kecil.
Minyak pati/sari dari kulit kayu manis mengandungi 2 jenis fenilpropanoid iaitu cinnamaldehyd
dan eugenol. Minyak pati ini
banyak digunakan dalam perubatan aroma terapi. Ia digunakan untuk menghasilkan
kesan yang menenangkan jiwa. Satu kajian terbaru menunjukkan dengan mengamalkan
pengambilan setengah sudu serbuk kayu
manis setiap hari dapat menurunkan paras gula dalam darah pesakit diabetis.
Kesan pengurangan gula ini juga boleh dicapai dengan merendam sepotong kulit
kayu manis ke dalam sebarang minuman terutamanya teh. (dipetik dari:http://www.newscientist.com)
No comments:
Post a Comment