Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 11, 2012

Lawatan dari DYA Sandakan dan PYA Holy Trinity

Pada 27 April 2012 bersamaan dengan hari Jumaat, rombongan dari Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan iaitu, Kak Anna dan Kak Sharon telah melawat para guru pelatih yang sedang meneruskan pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau. Turut serta dalam lawatan itu ialah saudara Harl Joenie dari Paroki St. Dominic Lahad Datu dan beberapa tim Kerasulan Belia Paroki Tawau yang diketuai oleh Kak Felsa.

Rombongan ini telah tiba dengan selamat dan jayanya di St Paul Balung pada jam 8 malam. Kehadiran rombongan ini sangat dialu-alukan oleh para guru pelatih yang hadir. Sesuai dengan tema yang telah dipilih, tambahan pula ini merupakan kunjungan pertama KBK dan KBP ke St Paul Balung, "Let's Hang Out" diteruskan dengan ucapan selamat datang dari wakil guru pelatih.

Sejurus selepas ucapan selamat datang kepada KBK dan KBP, acara seterusnya diteruskan oleh pengerusi belia Holy Trinity iaitu Kak Felsa. Beliau telah memperkenalkan ahli-ahli KBP yang dapat mengikut lawatan pada hari tersebut sebelum menyerahkan sesi kepada Kak Anna. Seterusnya, ahli-ahli KBK diperkenalkan kepada guru pelatih yang hadir. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara para guru pelatih mahupun belia yang sedang meneruskan pengajian di bahagian Dioses Sandakan. Hal ini demikian supaya, para belia tidak terus hanyut dengan pengaruh-pengaruh yang tidak sihat disamping menyemarakkan lagi semangat untuk melayani walaupun jauh dari kampung halaman masing.

Selepas sesi suai kenal dijalankan, beberapa permainan telah dikendalikan oleh pihak KBK untuk menghangatkan lagi suasana. Pertemuan pada kali ini lebih santai memandangkan ianya julung-julung kali diadakan.Lawatan ini diakhiri dengan jamuan ringan yang telah disediakan oleh para belia di St. Paul.

Greetings from us :)
Designed by Allesandro Albert, Marklister George, Nicholas Amid and Sylvester Jonny

Pengerusi KBP Kak Felsa :)

Tim KBP yang hadir..

Mengetuai acara ice-breaking
Kak Anna dan Kak Easter

Sing along.. " Do You Have a Sunshine Smile"

The guitarist Harl Joenie with Kak Anna

belia @ guru-guru pelatih

Akhir sekali, pihak belia St Paul Balung mengucapkan ribuan terima kasih kerasa sudi melawat para belia yang ada di Ipg Kampus Tawau. Semoga persahabatan yang terbina dan yang terjalin dapat mengeratkan lagi  cinta kasihNya.

Lets Hang Out
27hb April.2012
 Segar dari Ladang 

Jumpa lagi.... 


report , Fettwinda
photos , Sylvester and Nicholas



1 comment:

  1. Hellou editor KBKS... Gambar atas (group photo) kaburlah... berita ini bestlaa, tapi tiba-tiba gambar akhir tidak begitu jelas. Tapi tak pa yg penting berita belia Katolik. terima kasih kepada group DYA yang melayani belia Katolik yang berada di pengajian tinggi.

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent