Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 18, 2020

Catholic Campus Students' Gathering ke 4



Di kala umat manusia sedang berusaha memerangi penularan wabak Covid - 19, pihak Gereja juga berusaha mencari jalan untuk menjangkau umat-umatnya. Inilah yang sedang dilakukan oleh Kerasulan Belia Keukupan Sandakan. Kebaikan yang dapat di lihat dari situasi pandemik ini adalah dorongan untuk berfikir di luar kotak. Salah satunya adalah penggunaan media dan teknologi yang semakin menjadi trend dalam menghubungkan antara sesama manusia. Kebanyakan program - program penjangkauan juga dilakukan melalui medium media yang dijalankan secara maya dan kreatif.

Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan melalui Pelayanan Kampus telah menganjurkan program Catholic Campus Students' Gathering (CCSG) kali ke 4. Program ini sepatutnya dijadualkan pada bulan Oktober tahun ini namun keadaan pandemik Covid - 19 ini tidak mengizinkan ianya diadakan secara fizikal. 

Maka dengan itu program ini telah diadakan secara maya selama tiga hari iaitu dari 4 sehingga 6 Disember 2020. Seramai 50 pelajar kampus Katolik telah mengikuti program yang bertemakan 'ARISE'. Turut serta dalam program alam maya ini adalah para belia bekerja dan lepasan pelajar Universiti serta pelajar form 6.

Belakang tabir persiapan Misa Pembukaan CCSG 4


Rev. Fr. Dafrinn Diwol

Program CCSG 4 hari pertama telah dimulakan dengan Misa pembukaan oleh Rev. Fr. Dafrinn Diwol yang juga merupakan Penasihat Rohani bagi Kerasulan Belia Keuskupan. Dalam homilinya, beliau mengingatkan kepada semua yang mengikuti Misa secara langsung ini untuk menghidupi iman melalui pelayanan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Fr. Dafrinn juga mengajak semua belia kampus untuk bangkit bukan secara fizikal tetapi bangkit secara iman kepada Tuhan.

Sejurus selepas Misa, peserta program CCSG 4 ini telah diberikan satu pautan bagi aplikasi Zoom agar dapat memasuki ruangan maya program CCSG 4. Pengacara program, Philippa Phillip dan Maxine telah mengalu - alukan kehadiran semua orang dengan memberikan pengenalan kepada program CCSG 4. Para peserta kemudiannya di bawa dalam Time of Life untuk nyanyian dan ice-breaking. 

Pengacara yang ceria: Maxine dan Philippa Phillip

Time of Life: Lagu - lagu yang dinyanyikan semasa program CCSG 4

Ice Breaking yang dikendalikan oleh Voney dan Edelisa

Intipati hari pertama adalah renungan kepada tema 'ARISE' yang telah di sampaikan oleh Raynold Thomas. Formula untuk 'Arise' telah dikongsikan kepada para peserta iaitu bermula dengan panggilan Tuhan yang memerlukan respon atau sahutan peribadi agar dapat 'bangkit' bersama dengan Yesus Kristus. Renungan tema ini diakhiri dengan video 'Pulihkan' yang dinyanyikan oleh pelajar - pelajar Katolik dari Keuskupan Kota Kinabalu. 


Intipati hari kedua adalah sesi Hubungan dengan Tuhan yang disampaikan oleh Sr. Rusiah Garuk, fsic. Sesi ini dimulakan dengan mengajak para peserta mengenali keperibadian Yesus. Dengan pengenalan ini maka semua orang dapat menjalinkan persahabatan yang asli dengan Yesus. Dokumen hasil tulisan Bapa Suci Fransiskus iaitu Christus Vivit juga dikongsikan terutama sekali yang menyentuh berkenaan hal - hal persahabatan dengan Yesus dalam nota 150 sehingga 157. Persahabatan dengan Yesus tidak dapat dipatahkan. Meskipun berulang kali manusia memutuskan persahabatan ini, Yesus tetap setia menanti 'kepulangan' mereka dan memperbaharui persahabatan itu.

Sesi Hubungan dengan Tuhan oleh Sr. Rusiah Garuk, fsic


Ramai orang telah terkesan dengan keadaan terkini sejak bermulanya pandemik Covid - 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang di arah oleh pihak kerajaan, termasuklah para pelajar kampus. Hal yang berlaku ini merupakan satu perkara yang sangat baru dan ramai yang 'terhenti' seketika dalam menjalankan kehidupan biasa masing - masing. Ada yang mengalami gangguan emosi dan mental sehingga menyebabkan keadaan menjadi tekanan dan seterus mengalami kemurungan diri.

Maka pada hari yang ketiga, pihak penganjur telah mengetangahkan sesi Kesihatan Mental yang disampaikan oleh Puan Daria  P. Joseph K. seorang kaunselor yang berdaftar dan juga seorang pensyarah di Sidma College Sabah/UNIRAZAK, Sabah.

Sesi Kesihatan Mental oleh Puan Daria P. Joseph. K

Sesi ini sangat membantu para pelajar untuk mengenali keadaaan atau apabila berada dalam tekanan dan bagaimana untuk mengatasi sekiranya ia berlaku. Selesai sahaja sesi ini, ramai pelajar, memenuhi ruang chat dengan soalan - soalan kepada Puan Daria. Selain menjawab pertanyaan para pelajar, Puan Daria juga mengongsikan talian dan badan - badan yang menawarkan khidmat kaunseling.

Setiap kali selepas sesi, Tim Para Liturgi akan membawa para peserta untuk renungan dan perkongsian berdasarkan kepada sesi - sesi yang disampaikan. Ini membantu para peserta untuk mendalami sesi yang disampaikan serta mengekspreskan perasaan dan pemikiran secara mereka peribadi.

Tim Para Liturgi meminpin dalam doa pembukaan dan doa pentup di bagi program CCSG 4

Di akhir program pada hari ketiga, para peserta dibawa dalams sesi peneguhan yang dikendalikan oleh Tim Para Liturgi. Dalam sesi ini setiap peserta dibawa mengimbasi tema yang telah dikupas pada hari pertama dan disusuli dengan video bertajuk 'Arise'. Para peserta kemudian diminta untuk menulis perkataan atau gambar yang menunjukkan mereka telah 'bangkit' dan meletakkannya dalam Page Facebook Temasya Belia Keuskupan Sandakan.








Sesi pada hari terakhir diteruskan dengan ucapan dari Anna Teresa selaku Kordinator Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan dan Corey Felino Henry selaku Kordinator Program CCSG kali ke -4 ini. Corey, dalam ucapannya mengucap berbanyak terima kasih di atas kehadiran para pelajar dalam program ini dan kepada para penganjur yang bertungkus lumus di belakang tabir untuk menjayakan program CCSG kali ke 4 ini.

Kordinator Program CCSG ke 4: Corey Felino Henry

Program CSSG 4 diakhiri dengan 'group photo' secara maya


Sebahagian daripada para penganjur program CCSG 4 2020

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent