Shalom
dan Salam Kasih Kristus kepada semua. Tuhan itu baik dalam segalanya dan 10
tahun kewujudan keuskupan kita membuktikannya sekali lagi. Dia tidak pernah tidak
bersama dengan kita. Keindahan keuskupan kita adalah dalam kepelbagaian kita,
sungguhpun terdiri daripada pelbagai bangsa tetapi tetap satu dan kuat sebagai
umat Katolik. Melihat kepada segala yang telah kita capai dan lalui dalam
tempoh 10 tahun ini dan menjadi sebahagian daripada semuanya adalah satu berkat
yang amat besar. Semoga tahun-tahun yang mendatang membawa lebih banyak berkat
buat dkeuskupan kita. Christ is always on a mission and so should we. God bless and
to God be the glory!!! - Herry Francis Kamuntah - Tawau
|
Fettwinda Sipaan |
Shalom. Tahniah dan Puji Tuhan atas ulang tahun ke-10
Keuskupan Sandakan. Secara peribadi, saya berasa sangat bersyukur, bertuah dan
diberkati kerana berpeluang menjadi kepingan yang terpanggil untuk berjalan
bersama semasa dalam proses pembentukan Visi dan Misi keuskupan secara tidak
langsungnya. Harapan saya setelah 10 tahun penubuhan Keuskupan Sandakan, semoga
semua umat dalam kalangan pelbagai komuniti berani untuk menyahut panggilan
melayani bersama secara bersungguh-sungguh serta melibatkan diri dalam pelbagai
program yang dijalankan untuk membentuk dan melahirkan umat yang benar-benar
menghidupi Visi dan Misi Keuskupkan Sandakan. Selamat Menyambut Ulang Tahun
Ke-10. Tuhan Memberkati. -Fettwinda Sipaan – Telupid.
|
Alfian Muering |
Syukur dalam nama Yesus kerana Keuskupan Sandakan sudah
mencapai umur 10 tahun. Banyak perubahan yang berlaku selama 10 tahun ini. Banyak kapela-kapela baru yang telah dibuka di dalam ladang (estet) bagi memudahkan umat kita yang
bekerja jauh dari paroki untuk beribadat dan paling mengembirakan apabila muncul lagi
sebuah paroki baru di dalam Keuskupan Sandakan iaitu paroki Beluran. Semoga perkembangan iman terutama
orang muda sentiasa bertambah terutama dalam menyahut panggilan Tuhan sebagai
alat-Nya. -Alfian Muering – Lahad Datu
|
Philippa Philip |
Selamat hari ulang tahun yang ke-10 buat Keuskupan Sandakan.
Syukur dan puji Tuhan atas segala rahmat yang telah diberikan kepada kita semua
sepanjang 10 tahun ini. Lebih-lebih lagi tahun ini, visi dan misi Keuskupan
Sandakan telah pun terbina. Saya berharap agar semua komuniti sentiasa
memberikan sokongan antara satu sama lain, sentiasa berjalan bersama serta melayani
sesama dengan cinta kasih Allah. Tuhan memberkati.-Philippa Philip – Tawau
|
Airene Anne Gumanas |
Syukur dan puji Tuhan! Keuskupan Sandakan merayakan ulang tahun yang ke 10. Saya merasa bersyukur kerana dapat membesar di Keuskupan Sandakan sehinggalah hari ini. Keuskupan Sandakan sangat unik kerana para umat khususnya belia-belia Keuskupan Sandakan datang dari pelbagai latar belakang, suku dan bangsa. Harapan saya sebagai salah seorang pemimpin belia di Keuskupan Sandakan, saya berharap dan mendoakan agar semua umat di Keuskupan Sandakan khususnya para belia, dapat mempertahankan Iman Katolik yang diimani sehinggalah ‘dipanggil ke Rumah Bapa’. Untuk bersaksi bagi Yesus terutama sekali di zaman millennium ini, bukanlah mudah. Ia memerlukan kekuatan dalaman dan keyakinan diri untuk berani ‘menjala ke laut yang dalam’. Saya berharap agar semangat dan jati diri untuk terus melayani di Keuskupan Sandakan tidak akan pernah pudar tapi percaya bahawa pengharapan itu selalu ada, kini, sekarang dan selamanya. Marilah kita gunakan peluang melayani bersama dengan Bapa Uskup, para Paderi, para Religius, saling menyokong dan berjalan bersama serta mengaktifkan talian jaringan antara Paroki di seluruh Keuskupan Sandakan agar sama-sama merealisasikan visi dan misi Keuskupan kita. Tuhan memberkati! – Airene A. Gumanas - Sandakan
|
Anna Teresa Peter Amandus |
Waaaa ... 10 tahun sudah Keuskupan Sandakan! Praise the Lord! It was not an easy road yet God had promised that He will journey with us till the end of time. It has been a great privilege to be part of the Diocese, especially being in the ministry for the young people. I am so honored to have serve side by side with an amazing leaders to share, to spread and to be the light of Christ to those who are in need. I thank God for the gift of our Bishop, the strongest of heart and faith in shepherding his people in the Diocese. And I know it is not easy to be 'him'. But no worries Bishop, WE ARE HERE to serve with you, together with our fellow priest, religious, church leaders and with the guidance of the Holy Spirit, we will journey side by side with you as our leader to build the Kingdom of God here in this Diocese! Blessed 10th Anniversary Diocese of Sandakan! - Anna Teresa Peter Amandus - Sandakan.
No comments:
Post a Comment