Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 10, 2015

Perkongsian daripada Sdra Brandon Earnest (IKD Katedral St Mary Sandakan))

(Sdra Brandon Earnest masih bujang, berumur 19 tahun dan bekerja sebagai Pegawai Perhutanan. Sebelum ini dia adalah dari Kristian denominasi lain. Dia berasal dari Tambunan dan menetap di Sandakan pada tahun 2014.)
Atas dorongan ahli keluarga yang telah menjadi Katolik, saya akhirnya mengambil keputusan untuk mengenali dengan lebih lanjut lagi apakah yang dikatakan sebagai iman Katolik itu.  Saya adalah seorang kristian SDA namun Katolik adalah iman yang ingin saya sertai untuk mengenal Yesus serta karya penyelamatanNya.
Suka untuk saya kongsikan bahawa sebelum ini saya selalu menipu dan membuat orang lain marah.  Akan tetapi saya berazam untuk memperbaiki cara hidup saya dengan mengimani Yesus agar saya mendapat pengampunan.
Melalui abang saya yang telahpun dibaptis dalam gereja Katolik tahun lalu, saya dapat tahu bahawa untuk mengikuti Yesus melalui iman Katolik, kita hendaklah menyertai kelas bimbingan IKD selama setahun.  Tanpa ragu-ragu saya pun menyertai kelas tersebut.
Dalam kelas itu saya mendapat ramai kawan baru yang juga bersama-sama dengan saya mempelajari iman Katolik.  Seperti teman-teman lain saya juga inginkan penyelamatan daripada Yesus dan dapat menjadi ahli keluarga Katolik yang baik. 
Banyak yang telah saya pelajari di dalam kelas IKD yang mana telah membuka pintu hati saya untuk lebih yakin mengikuti Yesus melalui iman Katolik.  Petikan firman Tuhan yang menjadi inspirasi serta kekuatan kepada saya adalah, “I am the Way, the Truth and the Life. No one comes to the Father except through Me.”  ~ (John 14 : 6) 
Bagi saya Yesus adalah Penyelamat dan Raja kerana tanpa Yesus tidak mungkin saya dapat menikmati keselamatan dan kehidupan kekal.  Setelah mengikuti kelas IKD ini saya telah merasakan perubahan yang amat ketara dalam hidup saya.  Kini saya merasa lebih gembira dan tenang kerana lebih yakin bahawa Yesus selalu ada dalam hati saya.
Saya akan berusaha untuk terus memelihara iman Katolik saya sehingga dapat menghasilkan buah yang dapat dipetik oleh orang lain.  Saya juga ingin melayani Yesus di dalam pelayanan gereja yang memerlukan saya.  Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pembimbing yang telah membimbing saya dan rakan-rakan yang lain sehingga kami dapat berjalan bersama di dalam iman, harapan dan cinta kasih Yesus. I Love You Jesus ..... Amen!

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent