Oleh Sebastian Francis, PMG Gereja St Dominic, Lahad Datu
Lahad Datu : Sempena Musim Prapaskah ini, Pertemuan Minggu Gembira (PMG-BM) Gereja St Dominic, Lahad Datu telah menganjurkan satu lawatan ke Rumah WargaTua Air Panas, Tawau pada Sabtu, 21 Mac. Lawatan ini adalah salah satu
aktiviti sahutan tuntutan musim prapaskah. Seramai 14 orang katekis
telah menyertai lawatan selama sehari ini.
Sejurus tibanya para katekis dari Lahad Datu pada 10.00 pagi, lawatan rasmi ke premis tersebut dimulakan. Para ketekis telah disambut dengan ramah oleh beberapa wargatua yang berada di situ bersama dengan salah seorang kakitangan institusi berkenaan, iaitu sdra. Gilbert.
Para katekis diberi penerangan sebelum memulakan lawatan dan berjumpa dengan wargatua di situ. Apa yang ditekankan ialah Rumah Wargatua bukanlah tempat pembuangan bagi orang-orang tua. Ramai orang yang beranggapan bahawa rumah wargatua adalah rumah bagi orang-orang tua yang telah dibuang / dipinggirkan oleh anak-anak mereka semata-mata tetapi keadaan yang sebenarnya di sini bukanlah seperti yang disangkakan.
Para katekis diberi penerangan sebelum memulakan lawatan dan berjumpa dengan wargatua di situ. Apa yang ditekankan ialah Rumah Wargatua bukanlah tempat pembuangan bagi orang-orang tua. Ramai orang yang beranggapan bahawa rumah wargatua adalah rumah bagi orang-orang tua yang telah dibuang / dipinggirkan oleh anak-anak mereka semata-mata tetapi keadaan yang sebenarnya di sini bukanlah seperti yang disangkakan.
Rumah wargatua sebenarnya adalah
rumah untuk wargatua yang kurang upaya dan yang tidak mampu menjaga diri sendiri. Mereka memerlukan lebih perhatian, kasih sayang dan penjagaan rapi dari segi mental (psikologi) dan fizikal
(fisioterapi/penjagaan mengikut penyakit). Antara misi Rumah ini ialah mewujudkan
silaturahim yang rapat, perasaan kasih sayang dan rasa tangggungjawab
kepada orang tua.
Rumah yang dibina sejak tahun 1962 ini, kini dihuni seramai 31
orang wargatua. Para pelawat yang datang haruslah datang dengan
membawa kasih sayang, menghiburkan, kongsikan masa dan berkomunikasi dengan mereka.
Sepanjang lawatan, para katekis mula menyedari bahawa para wargatua di rumah ini juga hidup
seperti wargatua biasa di luar sana. Wargatua yang masih mampu membuat kerja
seperti menyapu, lap meja dan sebagainya akan diambil bekerja dan diberi gaji.
Mereka berasa berbesar
hati dengan kehadiran para pelawat yang
datang. Penghuni yang paling lama tinggal di sini, selama 18 tahun rasa lebih selesa menghuni di sini. Beliau mempunyai keluarga, namun beliau tidak mahu membebankan keluarganya dan
merasa lebih terjaga di sini. Para penghuni di sini juga tidak ketinggalan menikmati
kehidupan moden. Mereka yang sihat tubuh badan boleh melibatkan diri dalam aktiviti luar dari Rumah Wargatua. Ada juga wargatua yang berjumpa jodoh di rumah ini dan hidup
bahagia di sini.
Lawatan ini diharapkan bukan saja
sebagai aksi puasa tetapi juga untuk menyahut pesanan Bapa Suci kita mengenai
masalah globalisasi ketidakpedulian. Semoga dengan pengalaman ini, para katekis
mendapat lebih kesedaran untuk dibawa ke dalam renungan juga dalam perjalanan hidup di
dalam pelayanan.
No comments:
Post a Comment