Salam Kasih Kristus! Saya Cleres Maling. Saya ingin berkongsi tentang perjalanan saya semasa berada dalam proses IKD.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pembimbing kami yang telah mendidik dan mengajar kami tentang iman Katolik sepanjang 1 tahun 4 bulan.
Saya berasal dari gereja Anglikan. Saya menyertai gereja Katolik tanpa ada unsur paksaan mana-mana pihak.
Saya beranggapan bahawa kami semua peserta IKD berada di satu ladang gandum. Kami menuai tetapi hasilnya amat sedikit. Demikianlah apa yang saya lalui semasa berada dalam kelas IKD. Apa yang disemai hanya sedikit sahaja yang tumbuh. Dan saya percaya kesemua itu adalah cobaan belaka.
Ketika itu saya tidak putus asa. Tuhan memberi saya kekuatan dan kebijaksanaan. Saya pilih dan kekal untuk terus berada dalam IKD. Saat ini saya amat gembira kerana telah dibaptis, bersatu dengan Tuhan. Semua adalah anugerah dan penyertaan Tuhan dalam kehidupan saya.
Saya bersyukur dan puji Tuhan, kerana Tuhan telah mendorong dan membimbing saya sepanjang masa saya berada dalam kelas IKD. Kini saya mengetahui tentang asas iman di dalam Gereja Katolik ini. Sebelum itu, saya mempunyai satu keraguan yang besar dalam kehidupan saya. Disebabkan saya bermula dari kosong, cabaran itu terlalu besar. Atas campur tangan Tuhan hati dan fikiran saya terbuka menerima segala tunjuk ajar daripada pembimbing saya. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment