Nama saya Marselina dan masih bujang serta berumur 21 tahun. Saya berbangsa Timur dan dilahirkan dalam keluarga Katolik, namun belum dibaptis. Saya berasal dari Indonesia dan kini menetap di Sandakan.
Pertengahan 2014, saya mendaftarkan diri untuk mengikuti proses IKD atas dorongan keluarga juga teman-teman saya. Sepanjang perjalanan proses IKD, saya serta rakan-rakan IKD telah banyak menerima tunjuk ajar dari para pembimbing tentang hidup sebagai Kristian Katolik.
Saya bekerja sebagai pembantu rumah. Hidup hendaklah murni dan kudus. Hidup penuh dengan cabaran dan jika saya tidak dilengkapi dengn iman, saya percaya saya akan jatuh ke lembah gelap dan tenggelam dalam arus dosa.
Sebagai perisai hidup, saya perlu mencari Yesus kerana keperibadian Yesus yang luar biasa dan saya perlu mengenali Tuhan lebih dekat. Dengan adanya Yesus disamping-ku, saya akan lalui hidup-ku dengan yakin.
Doa Salam Maria amat menyentuh hati saya. Ia dapat menenangkan jiwa saya yang selalu kurang tenteram. Saya juga berharap saya dapat mencontohi Bonda Maria yang menyerah dirinya dipergunakan sebagai alat Tuhan menurut kehendakNya.
Iman saya semakin menjadi kukuh. Saya percaya akan segala ajaran Tuhan. Firman Tuhan adalah panduan hidup saya. Saya ingin melibatkan diri dalam pelayanan liturgi agar sebagai anakNya mampu menyumbangkan sebahagian masa dan tenaga bagi Tuhan, Penyelamat saya. Akhir sekali saya berterima kasih kepada semua pembimbing IKD atas sokongan dan panduan semasa mengendalikan proeses IKD.
No comments:
Post a Comment