Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 24, 2015

Perkongsian Daripada Sdra Jhony Niunima (IKD Gereja St Dominic, Lahad Datu)

Nama saya Jhony Niunima, dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga Kristian Protestan. Saya mengenali agama Kristian Katolik melalui isteri saya. Di awal perkahwinan kami, saya selalu memaksa isteri saya untuk mengikuti agama saya. Namun, isteri saya tetap mempertahankan kepercayaannya. Katanya Yesus dan Bonda Maria senantiasa campur tangan dalam kehidupan sehari-harinya. Dia menerima banyak berkat dan karunia dari Tuhan membuat hidupnya aman damai.


Pada awal tahun 2014 hati saya mula terbuka kerana selalu mengikuti isteri saya ke gereja Katolik. Saya juga selalu mendengar cerita pengalaman hidup dan kesaksian dari isteri saya. Katanya kalau kita punya iman yang kuat dan selalu yakin bahawa Tuhan Yesus dan Bonda Maria campur tangan dalam kehidupan kita, kita akan semakin kuat walaupun banyak cobaan dan masalah menimpa kita. Bak pepatah melayu “sudah jatuh ditimpa tangga,” kita tetap bertahan kerana Tuhan Yesus maha penyayang.
Sebelum saya mengikuti kelas IKD, isteri saya mengongsikan bahawa jika kita mahu dekatkan diri dengan Tuhan, banyak rintangannya. Semakin dekat semakin kuat cobaan mendatang. Jadi kuatkan iman dan yakin bahawa Dia bekerja dalam hidup kita. Akhirnya saya mengikuti kelas IKD. 
Syukur dan Puji Tuhan! Pada bulan Ogos 2014 perkahwinan kami diberkat dan hati saya bertambah yakin bahwa Tuhan selalu ada untuk kami sekeluarga.
Atas sokongan dan tunjuk ajar dari pembimbing kelas IKD, penanggung saya dan keluarga saya, saya dapat menjadi seorang yang lebih beriman dan mampu menjadi pembimbing yang baik dalam keluarga saya.
Hati saya juga tidak sabar untuk menerima komuni pertama kerana saya percaya Yesus hadir dalam Perayaan Ekaristi. Puji TuhanAkhirnya pada hari ini saya telah sah menjadi anggota Gereja Katolik. Amen!

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent