Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 23, 2019

"Merenung Secara Peribadi Di Musim Adven"

Artikel oleh Rogena Roger
Gambar oleh SOCCOM

Sandakan: Perkataan Adven dipetik daripada bahasa Latin iaitu “Adventus” bermaksud ‘Datang’. Kedatangan Yesus Kristus ke dunia telah membawa satu perubahan ketara bagi umat Kristian di dunia. Pada tahun ini, Paroki Katedral St. Mary telah menghantar 17 kumpulan karoling untuk menyebarkan khabar sukacita kelahiran Yesus Kristus ke dunia.
Diakon Stephen mengongsikan pengisiannya
Pada 30 November yang lalu, rekoleksi para karolers telah diadakan di Dewan Katedral St. Mary yang disertai seramai lebih kurang 150 orang. Rekoleksi ini telah disampaikan oleh Diakon Stephen Esguerra. Dalam pengisian beliau, beliau mengongsikan tentang maksud Adven dan persiapan diri untuk menantikan kelahiran Yesus Kristus. "Tujuan sebenar berkaroling adalah untuk menyebarkan khabar sukacita kelahiran Yesus Kristus ke dunia kepada keluarga yang dilawati. Tetapi, adakah kita sudah mempersiapkan diri dengan membenarkan Yesus hadir dalam diri kita? Bagaimana kita membawa damai sukacita Yesus melalui nyanyian Karol jika diri kita sendiri tidak merasakan damai sukacita tersebut?" Beliau turut mengongsikan peranan Bonda Maria dalam misteri penyelamatan umat manusia. Selepas pengisian Diakon Stephen, sesi diteruskan dengan berdoa rosari bagi merenungkan peristiwa gembira kedatangan Yesus di Dunia.
Pada sebelah petang pula, Misa Kudus pengutusan telah diselebrankan oleh Rev. Fr. Christopher Ireneus. Dalam homili, beliau mengongsikan bahawa musim Adven adalah masa untuk menyediakan diri terutamanya hati tentang kedatangan Yesus Kristus. "Musim Adven ialah masa untuk merenungkan diri sendiri. Luangkan masa untuk Yesus dalam hidup kita. Kita sepatutnya tanya diri kita apa yang Yesus ingin kita buat dalam musim Adven ini. Kita sendiri tidak boleh ramal bila Yesus akan datang. Jadi, cabaran musim Adven ini ialah bersedia." 
Selepas Misa Kudus berakhir, para karolers dijemput ke dewan untuk bersama-sama dalam makan malam 'carols by candlelight'. 
Persembahan terakhir

Stephen Yong bekerja sebagai seorang guru dan beliau mewakili belia Chinese Coordinating Committee mengongsikan bahawa tahun ini merupakan tahun pertama beliau mengikuti karoling. Perasaan beliau mengikuti karoling ialah sangat teruja menantikan saat karoling tetapi beliau juga memberitahu bahawa persiapan untuk karoling Natal perlu ada terutama lagu-lagu natal yang masih belum fasih walaupun kerap mendengar di radio atau di gereja. Beliau juga berharap agar dapat menyebarkan firman Tuhan semasa menyanyikan lagu Natal.
Mariana Anggas mewakili KKD St. Benedict mengongsikan bahawa beliau telah mengikuti Karoling selama 3 tahun. Dalam tempoh 3 tahun tersebut, beliau banyak belajar dan mengenali keluarga yang dilawati. Beliau sangat gembira dan bersyukur apabila keluarga yang dilawati turut gembira atas kehadiran kumpulan mereka. Beliau berharap agar melalui nyanyian Natal ini dapat membawa sukacita dan damai kepada keluarga yang dilawati.
Jovy Reynard Juvilis merupakan ahli KKD St. Francis of Assisi telah menyertai karoling selama 4 tahun sejak penubuhan KKD tersebut. Beliau mengatakan bahawa beliau sangat gembira dapat menyertai karoling bersama-sama ahli yang lain dan menyebarkan khabar sukacita kelahiran Yesus Kristus kepada keluarga yang dilawati. Harapan beliau agar nyanyian Natal ini dapat membawa perdamaian antara sesama seterusnya dapat membuka hati untuk menerima Yesus Kristus dalam diri masing-masing.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent