ARTIKEL DAN GAMBAR OLEH DOMINGGUS
St.Dominic, Lahad Datu – Pada 7 Januari 2018, Komiti Inisiasi Kristian Dewasa (IKD) telah mengadakan jamuan krismas
bagi para katekumen bersama para pembimbing yang bermula pada jam 11:00 pagi. Seramai
50 orang yang telah hadir untuk memeriahkan jamuan ini. Antaranya adalah para
penanggung, ibu bapa serta keluarga katekumen. Turut dijemput dalam jamuan
tersebut ialah Saudara Sebastian Francis selaku Penyelaras Katekatikal Pusat, Sr.Evelin Tivit dan Paderi Paroki Rev.
Fr. Simon Kontou.
Dalam kata alu-aluan Saudara Bob
Remon selaku pengacara majlis dan juga Penyelaras Komiti IKD mengatakan “Terima kasih kepada semua yang hadir
pada hari ini terutama Fr. Simon, Sr. Evelin dan saudara Sebastian kerana telah
meluangkan masa pada hari ini. Terima kasih juga kepada para katekumen yang
telah berpartisipasi bersama para penanggung, ibu bapa dan keluarga
masing-masing. Terdapat juga para katekumen yang tidak dapat hadir atas hal-hal
yang tidak dapat dielakkan. Namun, kita harus meneruskan
jamuan krismas ini agar dapat merayakan bersama para katekumen dengan Sukacita
Natal”.
Sejurus selepas itu, saudara
Sebastian dijemput untuk menerangkan tentang Minggu Katekatikal sekaligus
memberi ucapan. Dalam ucapannya, beliau mengucap syukur dan berterima kasih kepada Fr. Simon, para
pembimbing, para katekumen serta semua hadirin yang telah hadir dan diberi
peluang untuk merayakan jamuan krismas di dewan paroki. Beliau menyentuh tentang
Minggu Katekatikal dimana sebelum ini dirayakan pada bulan September namun
tahun ini dirayakan pada bulan Januari. “Oleh kerana pertukaran itu, Komiti Katekatikal Pusat telah inisiatif untuk
membuat Konsert Katekatikal. Ini adalah kali pertama katekatikal kita membuat
konsert. Dengan Ini, kita sudah membuat satu langkah, dengan mengadakan konsert
katekatikal dan mungkin terdapat kecacatan-nya atau kekurangan dalam
penganjuran kita. Tetapi saya sangat gembira bila mendengar IKD mahu dengan
semangat untuk mengikuti di dalam minggu katekatikal ini”.
Dalam ucapan beliau itu juga, ia
menyentuh tentang makna merayakan minggu katekatikal dan
peranan serta tanggungjawab para pembimbing kepada umat. “Jika di sekolah kita merayakan hari guru tetapi disini kita merayakan hari
minggu katekatikal, ia mengimbas kembali peranan dan tanggungjawab sebagai
seorang pembimbing dimana ia merelakan diri untuk membimbing, serta membantu di
dalam pelayanan ini. Pada hari itu juga kami, sebagai pembimbing akan diberi
pengutusan oleh Paderi Paroki untuk menguatkan kami dalam pelayanan dan melayani umat sekalian. Semoga minggu
katekatikal nanti akan berjalan dengan baik dengan kerjasama dari anda semua, saya
mengucapkan terima kasih kerana telah menjemput saya dan Selamat Menyambut Hari
Natal dan Tahun Baru”.
Pertukaran Hadiah
Jamuan dibuka dengan doa pembukaan
disusuli doa makan oleh Fr. Simon. Sejurus selesai makan, acara utama dalam
jamuan krismas ini ialah Pertukaran
Hadiah antara para katekumen dan para pembimbing. Selepas itu, acara jamuan
krismas ditutup dengan doa yang dipimpin oleh saudara Bob Remon dan gambar
bersama. Acara selesai kira-kira jam 2:00 petang.
Gambar bersama
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete