Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 15, 2018

JAMUAN KRISMAS IKD SESI 2017-2018

ARTIKEL DAN GAMBAR OLEH DOMINGGUS

St.Dominic, Lahad Datu – Pada 7 Januari 2018, Komiti Inisiasi Kristian Dewasa (IKD) telah mengadakan jamuan krismas bagi para katekumen bersama para pembimbing yang bermula pada jam 11:00 pagi. Seramai 50 orang yang telah hadir untuk memeriahkan jamuan ini. Antaranya adalah para penanggung, ibu bapa serta keluarga katekumen. Turut dijemput dalam jamuan tersebut ialah Saudara Sebastian Francis selaku Penyelaras Katekatikal Pusat, Sr.Evelin Tivit dan Paderi Paroki Rev. Fr. Simon Kontou.
Dalam kata alu-aluan Saudara Bob Remon selaku pengacara majlis dan juga Penyelaras Komiti IKD mengatakan “Terima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini terutama Fr. Simon, Sr. Evelin dan saudara Sebastian kerana telah meluangkan masa pada hari ini. Terima kasih juga kepada para katekumen yang telah berpartisipasi bersama para penanggung, ibu bapa dan keluarga masing-masing. Terdapat juga para katekumen yang tidak dapat hadir atas hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Namun, kita harus meneruskan jamuan krismas ini agar dapat merayakan bersama para katekumen dengan Sukacita Natal”.
Sejurus selepas itu, saudara Sebastian dijemput untuk menerangkan tentang Minggu Katekatikal sekaligus memberi ucapan. Dalam ucapannya, beliau mengucap syukur  dan berterima kasih kepada Fr. Simon, para pembimbing, para katekumen serta semua hadirin yang telah hadir dan diberi peluang untuk merayakan jamuan krismas di dewan paroki. Beliau menyentuh tentang Minggu Katekatikal dimana sebelum ini dirayakan pada bulan September namun tahun ini dirayakan pada bulan Januari. “Oleh kerana pertukaran itu, Komiti Katekatikal Pusat telah inisiatif untuk membuat Konsert Katekatikal. Ini adalah kali pertama katekatikal kita membuat konsert. Dengan Ini, kita sudah membuat satu langkah, dengan mengadakan konsert katekatikal dan mungkin terdapat kecacatan-nya atau kekurangan dalam penganjuran kita. Tetapi saya sangat gembira bila mendengar IKD mahu dengan semangat untuk mengikuti di dalam minggu katekatikal ini”.
Dalam ucapan beliau itu juga, ia menyentuh tentang makna merayakan minggu katekatikal dan peranan serta tanggungjawab para pembimbing kepada umat. “Jika di sekolah kita merayakan hari guru tetapi disini kita merayakan hari minggu katekatikal, ia mengimbas kembali peranan dan tanggungjawab sebagai seorang pembimbing dimana ia merelakan diri untuk membimbing, serta membantu di dalam pelayanan ini. Pada hari itu juga kami, sebagai pembimbing akan diberi pengutusan oleh Paderi Paroki untuk menguatkan kami dalam pelayanan dan melayani umat sekalian. Semoga minggu katekatikal nanti akan berjalan dengan baik dengan kerjasama dari anda semua, saya mengucapkan terima kasih kerana telah menjemput saya dan Selamat Menyambut Hari Natal dan Tahun Baru”.
Pertukaran Hadiah
Jamuan dibuka dengan doa pembukaan disusuli doa makan oleh Fr. Simon. Sejurus selesai makan, acara utama dalam jamuan krismas ini ialah Pertukaran Hadiah antara para katekumen dan para pembimbing. Selepas itu, acara jamuan krismas ditutup dengan doa yang dipimpin oleh saudara Bob Remon dan gambar bersama. Acara selesai kira-kira jam 2:00 petang.
Gambar bersama

1 comment:

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent