Artikel oleh Natasha Novena
Gambar oleh SOCCOM Paroki Katedral St. Mary
Sandakan: Pada 7 Januari 2018 yang lalu, majlis kesyukuran dan penghargaan kepada para paderi telah diadakan di Katedral St. Mary, Sandakan. Acara ini bermula pada jam 11.30 pagi sebaik sahaja Misa Kudus selesai. Seramai lebih kurang 500 umat telah hadir dalam majlis tersebut.
Gambar oleh SOCCOM Paroki Katedral St. Mary
Sandakan: Pada 7 Januari 2018 yang lalu, majlis kesyukuran dan penghargaan kepada para paderi telah diadakan di Katedral St. Mary, Sandakan. Acara ini bermula pada jam 11.30 pagi sebaik sahaja Misa Kudus selesai. Seramai lebih kurang 500 umat telah hadir dalam majlis tersebut.
Ketibaan Bapa Uskup, para paderi dan
sister telah disambut dengan paluan gong tradisional. Acara dimulakan dengan
menyanyikan lagu natal “Joy to the World” sebagai tanda sukacita atas kelahiran
Juruselamat manusia, Yesus Kristus.
Selepas itu, Sdra. Pilis Malim
selaku Pengerusi Pastoral Paroki Katedral St. Mary telah memberikan ucapan
beliau. “Sekali lagi kita merayakan hari Natal yang begitu besar sekali dan
merupakan tahun baru bagi kita serta satu perayaan yang bermakna bagi kita. Perayaan
ini dirayakan oleh pelbagai umat dari pelbagai bangsa yang beragama kristian di
seluruh dunia.”
Seterusnya, ucapan disampaikan
oleh Rev. Fr. David Garaman selaku paderi paroki yang baru. Di dalam ucapan Fr.
David, terlebih dahulu dia mengucapkan selamat hari natal dan selamat tahun baru
kepada semua umat yang hadir. Beliau menyatakan rasa syukur kepada Tuhan
kerana diberikan peluang sekali lagi untuk melayani di paroki ini dan
mengucapkan terima kasih kepada Uskup Julius Dusin Gitom kerana telah memberi
kepercayaan kepadanya untuk memikul tugas dan tanggungjawab sebagai paderi
paroki. Beliau juga menyatakan bahawa beliau akan berusaha sedaya upaya untuk
melakukan tugas beliau sebagai seorang paderi paroki yang baru dan mengajak
semua umat untuk berkerjasama dalam merealisasikan visi dan misi Keuskupan khususnya di Paroki Katedral St.Mary Sandakan.
Fr. David juga menyampaikan
sedikit pesanan beliau kepada para belia, “Anda adalah berada ditempat yang
teristimewa di dalam gereja kita. Gereja memerlukan bantuan belia, semangat
belia, kejujuran belia untuk gereja kita dalam kristus untuk masa depan gereja
kita. Jangan takut untuk menunjukkan bakat anda yang telah diberikan oleh
Tuhan. I am looking forward untuk
bekerjasama dengan belia, saya akan cuba untuk berjalan bersama kamu”.
Rev. Fr. Sunny Chung yang
ditempatkan di Holy Trinity, Tawau sebagai pembantu paderi. Dalam ucapannya
menyatakan “syukur dan terima kasih
kepada mereka yang telah mengenali saya setelah beberapa tahun saya menjadi
seorang paderi, banyak pengalaman suka dan duka yang saya alami terutama sekali
cabaran yang membuat saya menjadi lebih kuat untuk melayani di tempat yang
baharu. Jika ada peluang lagi untuk berjumpa, saya akan menghadiri program-program yang dianjurkan di gereja ini.”
Di dalam ucapan Rev. Fr. Stanley
Matakim, “terima kasih khususnya kepada Uskup Julius Dusin Gitom, para paderi,
dan kepada semua sister kerana persahabatan dan tunjuk ajar yang telah
diberikan kepada saya sepanjang saya melayani di Paroki Katedral St. Mary ini
selama tiga tahun, dari seorang seminarian sehinggalah saya ditahbis menjadi
diakon seterusnya menjadi seorang paderi. Saya telah memperolehi banyak
pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru sepanjang saya melayani di
Katedral ini dan saya berharap apa yang saya pelajari disini akan saya bawa
ketempat yang baru. Sekali lagi, doakan saya kerana saya memerlukan doa kamu
semua untuk meneruskan pelayanan saya di St. Martin, Telupid”.
Acara diteruskan dengan
penyampaian sumbangan kasih kepada para paderi oleh umat disusuli dengan acara pemotongan kek.
Ucapan yang terakhir telah
disampaikan oleh Yang Mulia Uskup Julius Dusim Gitom. Dalam ucapan, beliau
mengucapkan tahniah kepada Fr. David, Fr. Stanley dan Fr. Christopher atas
ulang tahun pentahbisan yang diraikan. “Saya sungguh-sungguh berterima kasih kepada Fr. Sunny dan Fr. Stanley yang telah
membantu saya dengan begitu bersemangat. Tanpa mereka mungkin banyak perkara
yang kita tidak dapat lakukan”. Bapa Uskup turut menyatakan bahawa Fr. Sunny
akan datang ke Katedral ini sekali dalam sebulan untuk melayani umat khususnya
komiti Bahasa Cina. Selain itu, beliau mengajak untuk mengambil peluang ini
untuk berinteraksi antara sesama sebagai salah satu cara untuk mencapai visi
dan misi keuskupan. Beliau mengongsikan pengalaman beliau yang menarik dan
mencabar sepanjang dia menjadi paderi paroki di Katedral ini selama dua tahun.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua umat atas kerjasama yang
telah diberikan kepada beliau selama dua tahun beliau menjadi paderi paroki. “Apa
juga kerjasama yang telah kamu berikan kepada saya selama ini, berikanlah itu
kepada Fr. David dan Fr. Christopher. Itulah harapan saya.” Beliau turut menyatakan
terima kasih kepada para sister yang juga telah banyak menyumbang di dalam
paroki. Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan mengucapkan Selamat Hari Natal
dan Selamat Tahun baru.
Beberapa persembahan turut
disediakan bagi memeriahkan lagi acara termasuklah pembahagian hadiah kepada
semua kanak-kanak yang hadir. Acara berakhir pada jam 2.30
petang dengan doa penutup oleh Fr. Stanley W. Matakim.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete