Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 23, 2018

Larian Kesatuan Paroki St. Dominic

Gambar oleh: Farnandes dan Jaymar
Artikel Oleh: Evelyn

Lahad Datu – Pada 1hb May 2018 yang lalu, Paroki St. Dominic telah menganjurkan satu program larian amal yang bertemakan ‘Kesatuan’ (Unity Run). Larian ini telah mendapat sokongan padu daripada umat dengan kehadiran seramai 701 peserta. Beberapa kategori telah dibahagikan yang terdiri daripada usia 7 hingga 60 tahun. Program yang bermula seawal 7 pagi ini dimulakan dengan doa pembukaan yang dipimpin oleh Sister Evelyn dan diteruskan dengan pemanasan badan yang dikendalikan oleh pihak penganjur iaitu Komiti Katekatikal Pusat.
Larian dimulakan dengan kategori kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke atas. Kesemua peserta harus melalui 5 perhentian untuk mendapatkan 5 gelang getah bagi setiap perhentian untuk melengkapi larian ini.
Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan kesatuan diantara semua umat di paroki termasuk kawasan luar stasi tanpa mengira bangsa dan usia. Selain daripada itu, program ini diadakan untuk memungut dana bagi pembanguan dewan ibadat di paroki ini sendiri.
Kesemua peserta larian berjaya menghabiskan larian mereka lebih kurang jam 10 pagi dan acara diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi semua kategori. Rev. Fr Simon Kontou mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua umat yang terlibat di dalam acara larian ini. Beliau juga berharap agar program seperti ini akan terus mendapat sokongan daripada umat bagi meneruskan usaha pembangunan dewan ibadat di paroki ini. Acara diakhiri dengan doa penutup oleh Rev. Father Simon Kontou.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent