Gambar oleh SOCCOM St. Dominic Lahad Datu
LAHAD DATU- Komuniti Filipino pada julung kalinya telah bangkit bersama
untuk menghidupkan lagi Misi Gereja dengan merayakan Hari Filipino pada 22 April
2018. Perayaan tersebut turut mendapat sambutan yang sangat baik dari umat Katolik
St. Dominic dalam usaha untuk mengumpul dana bagi dewan ibadat Gereja. Hampir
800 umat memenuhi Dewan terbuka Gereja dengan memakai pakaian tradisional filipino. Turut mendapat perhatian apabila Hari Filipino ini turut disertai oleh semua umat yang bukan hanya tertumpu dari kalangan umat Filipino sahaja tetapi juga dari umat pelbagai kaum .
Acara dimulakan dengan pengenalan diri peserta-peserta ‘Binibining’ atau ratu cantik dimana para umat dapat memilih siapakah calon yang bakal menjadi pemenang dalam pertandingan tersebut pada makan malam Hari Filipino 2018.
Majlis Makan malam dimulakan dengan bacaan doa oleh Rev. Fr. Simon Kontou dan diikuti dengan ucapan alu-aluan dari Mr. Garie Enriquez selaku penasihat bagi Majlis makan malam tersebut. Beliau berasa amat berbesar hati atas segala kerjasama dan bantuan yang telah dihulurkan oleh para ahli jawatankuasa yang terlibat dalam segala persediaan.
Majlis makan malam tersebut turut mempamerkan beberapa umat yang menyumbangkan beberapa lagu Filipino yang cukup nostalgik untuk diperdengarkan. Selain daripada itu, majilis turut dimeriahkan dengan tarian dari Komuniti Filipino. Antara tarian tersebut termasuklah Tarian Subli, ‘Flower Dance’, Tarian Maria Clara, Carinosa, Cha Cha, Tarian ‘Todo-Todo’ dan Tarian ‘Abot Langit’.
Majlis makan malam tersebut turut mempamerkan beberapa umat yang menyumbangkan beberapa lagu Filipino yang cukup nostalgik untuk diperdengarkan. Selain daripada itu, majilis turut dimeriahkan dengan tarian dari Komuniti Filipino. Antara tarian tersebut termasuklah Tarian Subli, ‘Flower Dance’, Tarian Maria Clara, Carinosa, Cha Cha, Tarian ‘Todo-Todo’ dan Tarian ‘Abot Langit’.
Peserta ‘Binibining’ pada malam itu memperagakan pakaian tradisional yang dikenali sebagai ‘Maria Clara’. Selain itu, para peserta juga turut diberi beberapa soalan untuk menguji talenta mereka dalam berkomunikasi dalam bahasa Filipino.
Pemenang pertandingan malam tersebut disandang oleh Cik Jessa Prudente
Kinsung, Naib Johan Cik Magnolia Verano, tempat Ketiga Cik Maryanne Yap Fernandez,
tempat keempat Cik Airene Almonte dan tempat Kelima Cik Stephanie Hamid.
Majlis tersebut berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang, juri-juri pertandingan dan juga kepada ahli jawatankuasa Hari Filipino 2018.
Hari Filipino yang telah berlangsung di St. Dominic telah memperlihatkan kesungguhan para Umat Gereja dalam menghidupkan semangat kristiani Katolik. Ini dapat ditunjukkan melalui cinta kasih yang menyatukan para umat untuk terus menyebarkan kesaksian akan cintakasih Kristus. Semoga semangat ini akan berterusan dalam menghidupkan lagi
kesatuan umat Gereja.
No comments:
Post a Comment