Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 7, 2018

"THE JOY OF THANKSGIVING" ~ ULANG TAHUN KE-10 KERASULAN WANITA KATOLIK KEUSKUPAN SANDAKAN.

Disediakan oleh Victoria Salati

Seramai 108 ahli Kerasulan Wanita Katolik telah hadir untuk menjayakan aktiviti sukaneka pada 19hb Mei 2018.  Aktiviti dimulakan dengan doa pembukaan yang dipimpin oleh Sr. Apollonia Gumpu.
Sebelum aktiviti sukaneka bermula, aktiviti pemanasan badan dan tarian secara beramai-ramai diadakan yang dipimpin oleh ahli KWK daripada paroki St. Martin, Telupid dan ahli KWK St. Mark, Sandakan. Selepas itu, aktiviti Sukaneka bermula di bawah kendalian KWK dari Paroki Holy Trinity, Tawau.
Majlis diserikan dengan kehadiran Rev. Fr. Christopher Ireneus selaku Pembimbing Rohani Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan. Beliau diberi peluang untuk mencabut nama yang bertuah di kalangan ahli-ahli KWK yang disediakan oleh KWK dari Paroki St. Dominic, Lahad Datu. 
Pada jam 6.00 petang, semua ahli menghadiri Misa Kudus petang disusuli dengan makan malam dan penyampaian hadiah di dewan paroki.
Hadiah disampaikan oleh Sr. Apollonia Gumpu, Fsic
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka telah disampaikan oleh Mother Grace dan beberapa religius sister. Johan dimenangi oleh kumpulan biru dimana pesertanya digabungkan daripada 4 paroki. Tempat kedua kumpulan merah jambu dan ketiga kumpulan hijau.
Pada 20hb Mei 2018, seawal jam 8.00 pagi semua ahli telah mengadakan raptai di dewan Hakka bagi persediaan untuk persembahan pada malam makan amal bagi tabung seminarian. Program pada malam tersebut bermula pada jam 6.30 petang. 
Majlis dimulakan dengan doa pembukaan oleh Yang Mulia Uskup Datuk Julius Dusin Gitom, disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Penyelaras KWK Keuskupan Sandakan Madam Cecelia Polo D’Sauza. Antara ucapan beliau ialah berterima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan moral, tenaga dan sumbangan berbentuk wang bagi menjayakan majlis pada malam tersebut. 
Sebelum persembahan diteruskan acara memotong kek diadakan sempena ulangtahun ke-10 Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan oleh Bapa Uskup, diiringi oleh Ketua Penyelaras KWK Keusukupan Sandakan, para religius dan seminarian. 
Beberapa Seminarian yang hadir pada malam tersebut
Acara diteruskan dengan pengenalan daripada beberapa orang seminarian dari keuskupan Sandakan serta persembahan-persembahan yang melambangkan kepelbagaian bangsa dan tradisi untuk memeriahkan makan amal tersebut. 5 orang yang hadir ke majlis makan amal tersebut berjaya membawa pulang hadiah barangan elektrik setelah nombor tiket mereka menjadi nombor bertuah pada malam itu.  
Satu kejutan telah dibuat dengan menjemput semua kwk yang hadir pada malam itu untuk naik ke pentas dan mempersembahkan beberapa tarian secara beramai-ramai. Kemeriahan lebih dirasai apabila artis tempatan turut serta di atas pentas bersama-sama dengan semua ahli kwk. 
Artis jemputan Francis Landong 

Majlis makan amal tersebut berakhir sekitar jam 10.30 malam dengan doa penutup oleh Rev. Fr. David Garaman.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent