St Mary’s Sandakan: Seramai 70
orang peserta menghadiri Bengkel Sukacita dalam Kasih atau Amoris Laetitia,
yang dianjurkan oleh Komisi Hidup Keluarga dengan kerjasama Komisi
Katekatikal Keuskupan Sandakan selama dua hari pada 18-19 Mei 2018.
Bapa Uskup Julius Gitom menjelaskan
bahawa "Dokumen ini dikeluarkan oleh Paus Fransiskus adalah ringkasan dari
Sinode pasca Amoris Laetitia (Sukacita dalam Kasih), tentang cinta dalam
keluarga itu. Ia menyatukan hasil kedua Synods pada keluarga pada tahun 2014
dan 2015. Ia mempunyai 325 ayat yang diedarkan dalam sembilan bab: “Keluarga
sekarang berhadapan dengan budaya-budaya yang bertentangan dengan keluarga asas
menurut rencana Tuhan: Perceraian, “trial marriage”, tinggal bersama dan tidak
mahu kahwin, tidak mahu anak, budaya mati dan pengaruh negatif dari teknologi.
Melihat cabaran-cabaran ini, Bapa Suci mengeluarkan dokumen “Amoris Laetitia”
atau Sukacita dalam Kasih untuk mempertahankan kesucian institusi perkahwinan
dan kekeluargaan” kata Bapa Uskup Julius Gitom.
Lapan (8) paderi-paderi dari Keuskupan Sandakan yang
diketuai oleh Uskup Julius Dusin Gitom dan Pengerusi Komisi Hidup Keluarga, Puan Eva
Siruno, masing-masing menjelaskan 9 Bab tersebut.
Dalam Bab 1: Cahaya
Firman telah diterangkan oleh Fr. Stanley Matakim. “Pasangan yang mencintai satu sama lain dan memberikan kehidupan baru
adalah “simbol” atau “ikon” yang dapat mendedahkan Tuhan kepada mereka.
Melahirkan anak itu dianggap sebagai jalan kepada keselamatan di mana misteri
Tritunggal, lambang kesatuan akan dilihat. Kesatuan itu bukan hanya dalam segi
seksual tetapi pemberian sukarela cinta kepada satu sama lain. Panggilan
keluarga adalah untuk menjadi kudus seperti keluarga Nazaret. Amalkan membawa
keluarga untuk berdoa, menghadiri misa, bersama–sama membaca Firman Tuhan dan
biasakan anak-anak untuk menghadiri Misa Kudus bermula dari kecil”, kata Fr. Stanley Matakim.
Seterusnya dalam Bab 2 iaitu Pengalaman dan Cabaran dalam Keluarga. “Keluarga menikmati kebebasan yang lebih besar melalui pengagihan tugas
yang lebih rata dan adil; mengambil penekanan kepada komunikasi peribadi antara pasangan membantu membuat kehidupan
keluarga lebih manusiawi - tiada yang memonopoli atau pilih kasih. Ancaman-ancaman
dalam institusi keluarga adalah - “individualisme yang ekstrim” dengan
menganggap dirinya sebagai terisolasi atau
“a separate unit” dalam keluarga. Keadaan ini berpunca dalam pengertian
bahawa keperibadian seseorang dibentuk oleh keinginannya yang mutlak. Budaya individualistis yang berlebihan,
keinginan untuk memiliki dan keseronokan, terarah pada tidak adanya toleransi
dan permusuhan dalam keluarga. Budaya yang ekspres atau bergerak cepat, tertekan (stress),
dan struktur sosial dan pekerjaan yang tidak teratur mempengaruhi keputusan
yang kekal. Kebebasan kurang tujuan yang luhur dan tanpa disiplin
mengakibatkan tidak berkemampuan untuk memberi diri secara murah hati kepada orang
lain. Ketakutan akan kesepian dan keinginan akan kestabilan dan kesetiaan muncul
berdampingan dengan ketakutan tentang keterperangkapan dalam hubungan yang
boleh menghambat orang untuk mencapai tujuan hidup peribadinya. Tugas prokreasi
(mendapatkan anak) seharusnya tidak
membayangi panggilan untuk bertumbuh dalam cinta kasih dan saling
membantu. Kegagalan kita untuk memberi inspirasi dan keterbukaan kepada Rahmat
Tuhan membuat perkahwinan kurang menarik dan tidak diingini. Kita dipanggil
untuk membentuk hati nurani dan bukan untuk menggantikannya. Budaya yang
“tukar-tukar” atau “pakai-buang” bukan budaya kristiani. Narsisisme, sifat seseorang
yang tidak mampu melihat orang lain dan men-dewakan diri akhirnya memakan diri
sendiri”, Fr Simon Kontou berkata.
“Pernikahan
adalah anugerah oleh Tuhan dan bukan beban. Melalui gereja, perkahwinan dan
keluarga menerima rahmat Roh Kudus dari Kristus dengan tujuan untuk menjadi
saksi Injil kasih Allah. Sakramen perkahwinan
dianugerahkan untuk pengudusan dan keselamatan pasangan. Pernikahan
adalah satu panggilan yang memerlukan proses yang lama. Hubungan seksual antara suami isteri dalam penuh cinta datang dari misteri inkarnasi dan
paskah menunjukkan Allah menjadi satu dengan umat manusia. Euthanasia (mati
atas permintaan sendiri) tidak dibenarkan dalam gereja dan tegas kepada hukuman
mati. Ibu bapa mempunyai hak utama untuk mendidik dan membentuk iman anak-anak.
Gereja adalah keluarga dari banyak keluarga. Pengalaman cinta dalam keluarga-keluarga
adalah sumber kekuatan abadi kehidupan gereja. Tanggungjawab untuk menjaga
anugerah perkahwinan diberikan kepada seluruh komuniti Kristian”, demikianlah serba sedikit
penerangan Fr. Sunny Chung di dalam bab 3 iaitu Lihat kepada Yesus, Panggilan Berkeluarga.
Disusuli dengan penerangan bab 4 iaitu tentang Cinta Dalam Perkahwinan oleh Fr. Phillip A. Muji. “1 Korintus 13:4-7 Kasih sejati yang sepatutnya.
Firman dari Korintus ini boleh dijadikan sebagai garis panduan persahabatan yang
intim antara suami isteri untuk mempraktikkan kasih. Kasih itu tidak cepat
murka, baik hati, tidak iri hati, tidak bercakap besar, tidak sombong, murah
hati, tidak cepat tersinggung, mengampuni dan akhirnya, kasih itu bertahan
menghadapi segala sesuatu. Sakramen perkahwinan bermula dengan berkenalan barulah
kemudian bertunang selepas mengenali masing-masing termasuklah ibu bapa mereka.
Hidupi janji perkahwinan; ikrar dilafazkan di hadapan Tuhan dan bukan kepada
Paderi kerana Paderi hanyalah saksi. Keluarga membentuk gereja domestik. Paus
Fransiskus menyatakan bahawa “tiada ibu bapa atau keluarga yang sempurna”,
dengan konteks ini suami isteri harus berusaha untuk menguatkan hubungan kasih
mereka dengan mempraktikkan garis panduan ini dengan bimbingan Roh Kudus”,
Fr Phillip berkata.
Fr. Christopher Ireneus dalam Bab 5 Cinta Itu Berbuah mengongsikan “Cinta kasih itu memberikan hidup baru. Perkahwinan itu bukan hanya
memberi cinta kasih antara suami isteri tetapi juga kepada anak-anak mereka.
Cinta kasih itu mewujudkan dan memuatkan satu lagi kehidupan baru dan
melihatnya sebagai hadiah oleh Tuhan, sumber cinta kasih. Di dalam keadaan
kurang sempurna seperti kecacatan, keadaan ekonomi atau tanggungjawab pada masa
hadapan, Paus Fransiskus menyatakan untuk “lakukan segala-galanya untuk
menerima dan mencintai anak itu sebab itu adalah hadiah daripada Tuhan”. Sebelum anak
itu terbentuk, anak itu sudah berada dalam hati Tuhan seperti Yehemiah 1: 5
"Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, Aku telah mengenal
engkau, dan sebelum engkau keluar dari kandungan, Aku telah menguduskan
engkau”. Institusi keluarga harus difahami sebagai sebuah jaringan perhubungan
kasih sayang yang luas, iaitu merangkumi sepupu, saudara mara dan mengangkat
anak. Anak angkat juga ada hak untuk menerima kasih sayang dari ibu dan bapa;
satu perbuatan yang mulia”.
“Peranan pasangan
bukan sahaja diinjili tetapi menginjil. Manakala, pelayan-pelayan yang ditahbis
(paderi-paderi) serta Seminarian harus diberi pembentukan Psycho-afeksi untuk
memahami penglibatan mereka dalam
keluarga. Perpisahan adalah perlu hanya sebagai usaha yang terakhir.
Pertimbangan atau penilaian(discernment) diperlukan untuk perceraian. Yang sudah berpisah dan berkahwin lagi
diiringi dan tidak boleh didiskriminasikan. Kebaikan untuk anak-anak harus
diberikan keutamaan. Gereja dibentuk untuk membantu keluarga mengatasi halangan-halangan seperti kemiskinan,
diskriminasi, keganasan fizikal dan seksual dan membantu mereka yang mengalami
kedukaan atau kematian dalam keluarga. Dalam segi persiapan perkahwinan, fokus
kepada teologi dan liturgi perkahwinan dan bukan perhiasan, jamuan, dan
undangan yang menghabiskan bajet dan membawa pasangan ke tahap kepenatan
dan kemurungan. Luka lama perlu
ditangani sebelum kebebasan dapat dicapai. Krisis adalah biasa dalam
perkahwinan dan keluarga serta umat gereja diutus untuk berjalan bersama dengan
pasangan baru”, oleh Fr. David Garaman dalam Bab 6 Beberapa
Perspektif Pastoral.
Bab 7 yang disampaikan oleh Fr. Thomas Makajil iaitu
Ke Arah Pendidikan Yang Lebih Baik. “Pendidikan itu bukan hanya dalam akademik
tetapi juga dalam semua aspek kehidupan. Keluarga adalah tempat pertama
pendidikan. Ibu bapa perlu memperhatikan anak-anak, tahap kematangan dan
pembentukan iman dan sosial, dan memantau mereka. Mereka harus menjadi teladan, menghargai kebebasan yang bertanggungjawab dan perkembangan moral serta memberi
peluang untuk kanak-kanak mengalami nilai-nilai yang baik dan prinsip-prinsip
yang membina kehidupan. Anak-anak perlu ditegur dengan kasih sayang apabila
melakukan kesalahan, dilatih meminta maaf dan memperbaiki diri. Sikap realistik
dan erti disiplin dimajukan secara bertahap atau berperingkat. Keluarga juga
adalah tempat pertama untuk bersosialisasi dan berkomunikasi. Pendidikan seks
mengikut tahap pengetahuan sesuai dengan usia dan kematangan mereka. Pornografi
harus dikawal dan mengajar kanak kanak membezakan tarikan seks dan kasih
sayang. Rumah ialah tempat pertama pewarisan iman. Ibu bapa adalah katekis
pertama yang terlebih dahulu beriman untuk mendidik anak-anak tentang iman,
membaptis dan mewartakan injil di dalam rumah. Inilah maksud keluarga adalah
gereja domestik”, kata Fr. Thomas
Makajil.
Bab 8: Bimbingan,
Kebijaksanaan Menilai Dan Mengintegrasi Kelemahan yang disampaikan oleh Fr. David Garaman. “Saya menggalakkan umat-umat yang mempunyai situasi rumit atau “situasi yang tidak teratur” untuk berbincang dengan
“gembala” mereka di gereja atau kepada umat yang hidup berkomitmen kepada
Tuhan. Namun, respon kita kepada mereka adalah berjalan bersama untuk mengenali mereka, memberi pertimbangan dan mengintegrasikan mereka
dalam komuniti supaya mereka tidak berasa ditinggalkan oleh
gereja. Inilah pastoral belas kasihan dan bukan menghakimi iaitu yang gereja perlukan
untuk membuka hati yang tersisih,” kata Fr. David Garaman.
Bab terakhir iaitu Bab 9: Kerohanian Perkahwinan dan Keluarga. "Kehadiran Tritunggal yang
tidak dapat dilihat, dapat dilihat dalam cinta kasih dan kesetiaan pasangan.
Ikatan cinta ini terdiri daripada beribu tindakan atau perbuatan kecil seperti perkataan-perkataan “maaf, terima
kasih dan selamat pagi/malam” yang nyata. Namun, Tritunggal juga hadir dalam
segala-gala situasi dan perkara iaitu "saat-saat kegembiraan, relaksasi, perayaan, dan bahkan
seksualitas”. Ini dapat dialami sebagai perkongsian dalam kehidupan penuh
kebangkitan". Pemberian diri sepenuhnya
oleh suami isteri sehingga menjadi tua bersama mencerminkan kesetiaan Allah. "Semua
kehidupan keluarga adalah 'penggembalaan’ di mana setiap ahli keluarga menjadi penjala manusia dan menanam
benih iman dalam belas kasihan”. Ini bermula dari iman peribadi dan
dikongsikan kepada pasangan serta seluruh ahli keluarga. Akhirnya, “Untuk membentuk sebuah
keluarga yang bahagia, haruslah ada azam untuk menjadi sebahagian dalam impian Tuhan, menyertaiNya
dan memastikan tiada seorang pun ditinggalkan” merujuk kepada Wahyu.19: 9
sebagai impian Tuhan dan takdir terakhir kita.
No comments:
Post a Comment