Gambar : Mateus, Jaymar
Artikel Oleh: Farnandes Siprianus
St. Dominic, Lahad Datu – Gereja St. Dominic, Lahad Datu telah menganjurkan perayaan Pesta Kaamatan dan Gawai bersama umat di paroki St. Dominic pada 20 Mei 2018. Seperti biasa ramai umat dari pelbagai bangsa dan usia turut serta dalam merayakan pesta ini. Perayaan seperti ini adalah salah satu keunikan di paroki St. Dominic dimana hampir semua perayaan dirayakan oleh semua bangsa.
Acara pada hari tersebut telah dimulakan dengan
Misa Kudus Kesyukuran pada jam 9 pagi yang dipimpin oleh Rev Fr. Simon Kontou dan dibantu oleh Rev. Fr. Marcellinus Pongking.
Dalam homilinya, beliau menekankan sikap rakyat Malaysia secara umumnya yang
perlu diubah sekiranya menginginkan negara yang baru. Beliau turut menjelaskan bahawa rakyat yang masih mempunyai sifat malas, tidak mau kerja, mementingkan
bangsa, mengagung-agungkan bangsa dan bersifat perkauman hanya akan menjejaskan
pertumbuhan negara.
Selain daripada itu, Rev Fr. Simon turut menyentuh tentang kehadiran Roh kudus di dalam perayaan pentekosta yang telah membawa perubahan serta pembaharuan di dalam kehidupan murid-murid Yesus.
Setelah
selesai upacara Misa Kudus, perayaan diteruskan dengan acara pentas di dewan pada
jam 11 pagi. “Kepada semua umat diparoki ini, kita merayakan perayaan pada hari
ini adalah untuk merayakan kesatuan kita, sama seperti pada hari Pentecosta
yang dihadiri oleh banyak bangsa tetapi mereka faham dengan apa yang dikatakan
oleh para rasul. Inilah yang dikatakan sebagai kesatuan” kata Rev Fr Simon lagi
di dalam ucapan perasmian beliau.
Beberapa acara pentas telah diadakan iaitu
pertandingan Sugandoi Terbuka, Unduk Ngadau Songkotoun (35 tahun keatas), acara
sukan tradisi serta cabutan tiket bertuah. Majlis juga turut diceriakan dengan
persembahan-persembahan daripada para belia Tukad serta tarian-tarian tradisi.
Acara berakhir lebih kurang jam 5 petang.
No comments:
Post a Comment