Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 1, 2018

LET's UNITE CAMP - Here we go!!!

Disediakan oleh Fradely Brandon Amigo

Antara tim penganjur LUC yang menyertai rekoleksi persiapan rohani
SANDAKAN - Pada 29 Julai 2018 yang lalu, Tim Kerasulan Belia Paroki atau PYA Sandakan, telah mengadakan satu rekoleksi di St John Paul II (Bilik Belia) sebagai salah satu persiapan rohani bagi tim penganjur Let's Unite Camp (LUC). Rekoleksi ini telah disertai seramai 32 tim penganjur LUC yang terdiri daripada belia - belia St Mary, St Mark dan St Peter. Turut serta dalam rekoleksi ini adalah fasilitator rekoleksi iaitu Anna Teresa.

Sedikit makluman berkenaan dengan program Let's Unite Camp. LUC merupakan satu program belia Paroki Sandakan yang diadakan sekali dalam setahun. LUC telah ditukar nama dari Unite Camp ke Let's Unite Camp dan akan diadakan pada 23 sehingga 26 Ogos 2018 bertempat di St Mark Batu 12, Sandakan.

Tema bagi penganjuran LUC pada tahun ini dipetik dari 1 Korintus 1: 10 "Tetapi Aku menasihatkan kamu, saudara - saudara, demi nama Tuhan kita Yesus Kristus, supaya kamu seia sekata dan ajangan ada perpecahan dianatra kamu. tetapi sebaliknya supaya kamu erat bersatu dan sehati sepikir." Tema ini merupakan sahutan belia paroki kepada Visi dan Misi Keuskupan Sandakan yang kini sedang diuar - uarkan diseluruh pelusuk Keuskupan Sandakan.

Objektif penganjuran LUC adalah untuk menyatukan belia Paroki Sandakan dengan mendalami dan berkongsi iman serta mengenali Tuhan dengan lebih dekat melalui perantaraan Bonda Maria sebagai Santo Penaung Gereja.

Sebelum melayani para belia yang akan menyertai program LUC ini, persiapan rohani perlu diadakan pertama-tama sekali kepada para penganjur. Agar apa sahaja yang dilakukan mereka harus diingatkan bahawa mereka ini adalah cahaya Kristus kepada para peserta.


Perjalanan rekoleksi telah disampaikan seakan mirip program LUC yang akan diadakan nanti. Ia bermula dengan realiti komuniti, keluarga, diri sendiri, dan kemudiannya mengenali keperibadian Bonda Maria sehinggalah sesi Perjalananan ke Emaus yang menyentuh tentang panggilan. 

Semoga dengan persiapan ini, para penganjur sendiri dapat merasakan serba sedikit perjalanan program LUC dan pada masa yang sama, dapat bersatu seia dan sekata merenung erti pelayanan sebenar. Pelayanan bukan hanya apabila ada penganjuran dan masing - masing diberikan peranan maka itu dikatakan pelayanan. Pelayanan tidak berhenti disitu malah perlu diteruskan setiap hari dan saat kepada setiap orang yang ditemui dan yang memerlukan. Harapan paling utama adalah para penganjur dapat menemui dan merasakan cintakasih Tuhan didalam hati mereka kerana itulah dorongan yang diperlukan untuk memberi kasih kepada para peserta yang akan mengikuti LUC nanti. 

Chapel St Mary, Salah satu perhentian - Perjalanan ke Emaus 
Kawasan Fr. Mulder's juga salah satu perhentian - Perjalanan ke Emaus
Persahabatan yang terjalin juga lebih diperkuatkan dan ini juga menjadi inspirasi kepada sesama para penganjur untuk terus bersemangat dan berkomitmen dalam menjadikan LUC berjaya dan berbuah dengan baik.

1 comment:

  1. كثيرون يحصلون على بعض المعلومات عن تكاليف التنظيف داخل الكويت وتكاليف تنظيف التصاميم وتكاليف عالية وعالية؟ حقيقة الأمر هي أن تقييم أعمال التنظيف ليس عرضة للتقييم. في أي حال ، فإن نموذج الغرفة هو التشغيل والتدبير المستخدم لمعرفة التكلفة.
    رقم شركة تنظيف بالكويت
    ابي رقم شركة تنظيف بالكويت
    دليل شركات النظافة بالكويت
    شركة تنظيف المنازل بالكويت
    افضل شركات تنظيف المنازل بالكويت

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent