Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 23, 2018

Retret Tahunan Katekis – Keuskupan Sandakan



By Katekis (Euthalia)
Pada 21hb hingga 24hb Jun 2018,  Retret Tahunan Katekis telah diadakandi Bundu Tuhan, Ranau. Suasana bertambah meriah apabila semua katekis dari seluruh paroki di Diosis Sandakan dapat berkumpul bersama-sama untuk mengikuti retret ini iaitu seramai 167 Katekis daripada Paroki Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Beluran dan Telupid.
“Kristus Pengharapan Kita” adalah tema untuk retret kali ini yang diambil dari kitab (Ibr 10:23) “Hendaklah kita berpegang teguh kepada harapan yang kita akui, kerana Allah dapat dipercayai dan Dia akan menepati janjinya.” 
“Retret” boleh dimaksudkan sebagai “Homili Tahunan” dimana semua katekis menenangkan fikiran dan bercuti bersama Tuhan sambil menghayati ajaran dan ciptaan Tuhan. “Katekis” berasal dari bahasa Greek yang bererti “Encore” yang membawa maksud sebarkan khabar gembira dan membaptiskan mereka dengan nama Yesus.
Fr. Charles dalam ucapan pembukaan beliau mengalu-alukan kedatangan semua katekis. Beliau berasa gembira akan penyertaan semua katekis pada retret kali ini. Setelah selesai ucapan, sesi dimulakan dengan acara suai kenal.
Pada hari kedua, dalam sesi pertama dan kedua, Fr. Charles memberi keterangan mengenai Kitab Injil Mat 12: 15-21 Yesus hamba Tuhan dan 1 kor 13: 1-13 mengenai Kasih.
“Tetapi bagaimana mereka dapat berseru kepadaNya, jika mereka tidak percaya kepada dia? Bagaimana mereka dapat percaya kepada Dia, jika mereka tidak mendegar tentang Dia? Bagaimana mereka mendengar tentang Dia, jika ada yang memberitakaNya? Dan bagaimana mereka dapat memberitakanNya, jika mereka tidak diutus? Seperti ada tertulis: “Betapa indahnya kedatangan mereka yang membawa khabar baik!” (Rom 10: 14-15)
“Kamu telah menerima Kristus Yesus, Tuhan kita. Kerana itu hendaklah hidupmu tetap di dalam Dia. Hendaklah kamu berakar di dalam Dia dan dibangun di atas Dia. Hendaklah kamu bertambah teguh dalam iman yang telah diajarkan kepadamu, dan hendaklah hatimu melimpah dengan syukur”.

Sesi perdamaian dijalankan dan suara tangisan dapat didengari oleh para katekis dan diakhiri dengan senyuman kerana Tuhan adalah maha pengasih dan penyayang.
Suasana hening apabila Sesi Perdamaian sesama katekis dijalankan. Tangisan dapat didengari namun diakhiri dengan senyuman kerana Tuhan adalah maha pengasih dan penyayang.
Pada hari ketiga, Fr. Charles memberi keterangan mengenai Kitab Ibr 11: 1-7, 1Tim 4: 6-16 dan 1Ptr 1: 13-16 untuk sesi ketiga hingga kelima iatu mengenai iman. “Iman” adalah kebajikan nilai murni ilahi, olehnya kita percaya kepada Allah dan segala sesuatu yang telah dia sampaikan dan wahyukan kepada kita dan apa yang gereja kudus ajukan supaya dipercayai.

Berikut adalah perkongsian daripada para katekis.

Perkongsian dari James Joseph Kumanireng
Adik James Joseph Kumanireng dari paroki Holy Trinity Catholic Church Tawau yang pertama kali mengikuti retret tahunan katekis ingin mengongsikan pengalaman beliau berada di Bundu Tuhan. Beliau menganggap dirinya sebagai umat yang berdosa dan mengakui mempunyai sifat malas dan rajinnya tersendiri untuk mengikuti sesetengah program masa retret kali ini. Pada hari pertama, amat sukar untuk adik James menyesuaikan diri disebabkan retret kali ini adalah untuk menjadi pemimpin kepada orang yang ingin dipimpin untuk meneruskan atau mewarisi ajaran gereja amat mencabar. Roh Kudus telah menyentuh beliau pada malam kedua dimana beliau dapat mendengar nyanyian semasa pengakuan dosa dan pendamaian. Persoalan mula timbul, mengapakah dia menjadi seorang pemimpin? Semua ini adalah panggilan dari Tuhan yang telah dirancang. Beliau bersyukur kerana panggilan untuk menjadi katekis itu adalah sangat istimewa walaupun sentiasa meninggalkan keluarga masing-masing untuk meneruskan ajaran gereja dan juga menyebarkan khabar gembira dari Tuhan Yesus.  Amin

Perkongsian dari Edwin Lenone
Adik Edwin Lenone dari Paroki St. Dominic, Lahad Datu adalah seorang pemimpin yang tidak dapat melihat dunia. Beliau telah hilang penglihatan beberapa tahun yang lalu. Beliau menjadi seorang pemimpin dan bekerja di ladang Tuhan apabila beliau mulai aktif datang ke gereja. Walaupun Adik Edwin tidak dapat melihat tetapi beliau dapat mendengar belia menyanyi dan memuji Tuhan. Dalam retret ini, beliau mengimbas kembali bagaimana hendak menjadi seorang pemimpin yang baik. Adik Edwin mendapat kepercayaan kepada Yesus dan Iman yang Tuhan berikan kepada kita. Apa yang beliau dengar, beliau akan percaya. Tentang kehidupan harian adik Edwin, beliau dapat mengawal dirinya sendiri untuk tidak bertindak tegas terhadap belia-belia di gereja. Beliau berharap agar dia akan dapat meneruskan pelayanan belia apabila balik ke gerejanya.

Perkongsian dari Eric Ng
En Eric Ng dari katedral St. Mary Sandakan telah menjadi pemimpin IKD selama 3 tahun. Beliau dahulunya adalah seorang yang pemarah. Dalam retret ini, En Eric telah mempelajari lebih mendalam tentang Kasih Sayang, Harapan dan Kepercayaan. Cuaca yang sejuk di Bundu Tuhan tidak dapat menghalang beliau daripada mengikuti semua program yang dijalankan. Kelima-lima sesi yang dijalankan banyak membantu beliau terutamanya mengubah sikap yang senang panas baran. Sebagai seorang pemimpin, harus bersabar dengan murid-murid seperti yang telah ditunjukkan oleh Tuhan Yesus.

Perkongsian dari Azilin Ajar
Cik Azilin Ajan dari paroki baru OLOF Beluran adalah seorang katekis yang menpunyai bakat menyanyi dan sering kali mengikuti pertandingan nyanyian dan juga membuat rakaman. Walau bagaimanapun, kini semua itu telah menjadi sejarah setelah beliau jatuh sakit. Beliau telah memberanikan diri dan mengambil kelas vocal untuk membukitikan yang beliau masih lagi dapat menyanyi dengan merdu. Cik Azilin memohon agar semua katekis dapat mendoakan dia agar beliau dapat mencari semula suaranya yang hilang. Cik Azilin menyeru agar semua katekis yang hadir supaya tidak senang putus asa dan terimalah kehendak Tuhan dengan hati terbuka.

Perkongsian dari Enniesia
Cik Enniesia dari paroki St. Martin, Telupid pula tersentuh apabila Fr Charles memberi ceramah tentang Iman, Pengharapan dan Kasih. Alkitab Rom 10 : 14 Tetapi bagaimana mereka dapat berseru kepadaNya, Jika mereka tidak percaya kepada Dia? Beliau tidak dapat melihat sebelah mata tapi itu bukanlah satu halangan untuk beliau menjadi pemimpin dan bekerja di ladang Tuhan. Walaupun mempunyai masalah penglihatan, namun beliau meneruskan pelayanannya sebab dia merindui Tuhan Yesus. Beliau berdoa agar penglihatannya akan sembuh dan meneruskan pelayananya di gereja. 
Makan Makan bersama adalah penghujung program untuk retret katekis kali ini. Keceriaan terserlah di wajah peserta katekis. Pakaian yang berwarna-warni dan pakaian traditional masing-masing memeriahkan lagi suasana pada malam tersebut.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent