Komiti Dokumentasi dan Publisiti
MPP OLOF Beluran
Paroki
Our Lady of Fatima, Beluran telah mengadakan sesi belajar bersama tentang Visi
dan Misi Keuskupan Sandakan pada Sabtu, 7 Julai 2018 bertempat di Gereja Our
Lady of Fatima, Beluran. Seramai 77 orang peserta telah hadir ke bengkel ini, yang
dikendalikan oleh 4 orang fasilitator iaitu Rev.Fr. Phillip A. Muji, Rektor
Paroki OLOF, Rev. Fr. David Garaman, Rektor Paroki Katedral St. Mary, Sandakan, Sdr. Pilis
Malim, Pengerusi MPP Katedral St. Mary, Sandakan dan Sdr. Dalius L Lobinjang, SOCCOM Keuskupan Sandakan.
Sesi ini diadakan untuk memberi
penerangan tentang Visi dan Misi Keuskupan Sandakan dan perancangan paroki kepada
umat Paroki OLOF, agar dapat menghayati dan membudayakan visi dan
misi dalam kehidupan mereka. Dengan demikian barulah tercapai matlamat yang
terkandung dalam visi dan misi tersebut. “Komuniti Berpusatkan Kristus,
Melayani Sesama Dengan Kasih” adalah visi keuskupan Sandakan. Terdapat 6 matlamat
dalam Misi Keuskupan Sandakan, iaitu, memupuk penyertaan aktif dalam gereja
dengan Ekaristi sebagai sumber dan kemuncak kehidupan Kristiani, memupuk
semangat perpaduan dalam kepelbagaian, mempertingkatkan pembentukan iman
berterusan, meningkatkan penghidupan dalam nilai-nilai Injil dengan pemahaman
yang mendalam terhadap ajaran sosial gereja, mempromosi panggilan, memupuk
nilai-nilai kekeluargaan.
Sdra. Dalius Lobinjang telah menerangkan topik Halatuju ke hadapan (The Way Forward)
Sdra. Pilis Malim telah menerangkan tentang pengenalan Visi dan Misi Keuskupan
Sesi ini telah dibuka kepada umat
katolik dari Beluran, Pelantong, Jaya Bakti, Ulu Dusun, Bukit Garam, Sukau,
Kinabatangan dan umat luar stasi di bawah naungan Paroki OLOF Beluran. Misa Kudus dimulakan terlebih dahulu pada jam 8.00 pagi.
Rev. Fr. David menerangkan topik tentang "Leading Matrix"
Perbincangan dalam kumpulan
Pembentangan hasil perbincangan
Rev. Fr. Phillip Muji
Perbincangan dalam kumpulan
Pembentangan hasil perbincangan
Rev. Fr. Phillip Muji
Di antara
pengisian sesi tersebut ialah penerangan kronologi visi dan misi Keuskupan
Sandakan, pengertian logo dan carta keuskupan, ‘The Way Forward’, ‘Leading
Matrix, sesi soal jawab, perbincangan dalam kumpulan dan pembentangan hasil
perbincangan kumpulan serta Pastoral Prioritas Paroki OLOF Beluran. Sesi selesai pada jam 5.00 petang.
No comments:
Post a Comment