Oleh : Florian Nor
Gabriel Nunang
Gereja
Holy Trinity Tawau : Satu aktiviti lawatan khas KKD ( BEC ) khasnya untuk
golongan Belia dengan Tema “Keluarga berdasarkan pada dokumen DOCAT” telah
diadakan atas inisiatif Paderi Paroki Holy Trinity Tawau, Msg. Nicholas Ong. Seramai 61 orang belia telah menyertai KKD
Belia kali ke-4 yang diadakan di Taman bersatu iaitu di rumah salah seorang
belia, Saudara James Joseph Kumanireng pada 10 Jun 2018 bermula dari 7.30 malam
dan berakhir pada 10 malam. Lawatan ini turut disertai oleh Bro. Dafrin Diwol
dan Sr.Julita Joseph, FSIC.
Dalam
lawatan KKD Belia kali ini,Msgr Nicholas telah mengutarakan tema “Keluarga”
yang dipetik dari buku DOCAT. Katekesis dan perkongsian beliau kali ini
menjurus kepada topik perbincangan yang bernombor 112, 114, 115 dan 117.
Dalam
penyampaian Msgr Nicholas Ong sebagai Rektor Paroki, beliau menegaskan bahawa
Allah menghendaki kita hidup bersama dalam keluarga. Dalam erti kata lain,
manusia dicipta untuk saling berkomunikasi di dalam keluarga, begitu juga
dengan para paderi dan para religius juga yang harus saling berkomunikasi
antara umat dan keluarga dalam sesebuah komuniti.
Gereja
melihat keluarga adalah komuniti pertama dan terpenting serta tempat kehidupan manusia terjadi dan
perhubungan pertama peribadi berkembang. Jelaslah bahawa keluarga adalah dasar
masyarakat dan suatu intitusi Ilahi.
Di
samping itu, Msgr Nicholas menghuraikan ciri-ciri keistimewaan sebuah keluarga
iaitu :
Dicintai
tanpa syarat, generasi berlainan tinggal bersama dan mengalami kasih sayang, solidaritas,
memberi bantuan serta adil dan menghargai komited tanpa ada kepentingan diri. Dewasa ini perkara-perkara duniawi banyak mempengaruhi pemikiran dan tindakan
manusia yang mencabar dan memusnahkan institusi keluarga.
Walaubagaimanapun,
sebagai seorang individu dan belia di dalam sesebuah keluarga, ada kalanya kita
mengalami masalah seperti ketidaksefahaman atau pergaduhan antara ahli
keluarga. Apabila hal tersebut berlaku, kita seharusnya bersabar dan mencari
punca sebenar masalah dan cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kita harus
sentiasa berfikiran positif dan mengambil sikap hormat-menghormati.
Selepas
perkongsian input dari Msgr Nicholas, sesi soal jawab diadakan dan beberapa orang
belia mengutarakan soalan. Lawatan ini
berakhir dengan doa permohonan dan disusuli dengan jamuan makan malam secara
potluck. Jelas sekali lawatan Msgr Nicholas dalam program seumpama ini telah
memberi ilmu pengetahuan yang mendalam serta dapat meneguhkan iman para belia
sebagai Kristian Katolik.
No comments:
Post a Comment