Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 5, 2018

Seminar Pengayaan Perkahwinan 2018

Artikel oleh Eva Siruno

Sandakan: Seramai 56 pasangan dan 26 perseorangan telah menghadiri seminar Pengayaan Perkahwinan pada 15 dan 16 Jun 2018 yang diadakan di Dewan Konferensi, Pusat Pastoral Keuskupan Sandakan. Komisi Pelayanan Kehidupan Keluarga Paroki dengan kerjasama Komisi Katekatikal telah mengundang Fr. Dr. Bernardinus Prihartana Agung, yang berasal dari Semarang, Indonesia sebagai penceramah utama. Tema "Menjadi Anugerah Kepada Pasangan" merupakan petikan dari tajuk buku terbitan terbaru beliau. Seminar ini selaras dengan Matlamat Misi Keuskupan Sandakan yang keenam iaitu "Memupuk nilai-nilai kekeluargaan."
   Suami Isteri dan Ibu dan Bapa Tunggal semasa perbincangan berkumpulan
Sesi berpasangan
Dalam pengenalannya, beliau mengingatkan peserta bahawa motivasi di sebalik perkahwinan secara keseluruhan adalah kebahagiaan dan kesejahteraan. Tetapi ramai pasangan tidak menyedarinya dan lupa akan tujuan di sebalik perkahwinan itu.
Bangkitlah dari pergaduhan untuk mengatakan “maaf dan memaafkan”, “terima kasih” dan “saya masih menyayangi kamu”
“Pada mulanya Tuhan menginginkan kita semua bahagia dan itu menjadi alasan mengapa Dia mencipta langit, burung, pohon, gunung dan seorang teman. (Kejadian 1) Gereja juga menegaskan “Tujuan perkahwinan adalah untuk kesejahteraan suami isteri” Hukum Kanonika 1055:1. “Allah inginkan kita untuk bahagia, bukan sahaja bagi yang sudah berkahwin bahkan kepada para Paderi dan para religius, membujang sampai mati pun tetap bersukacita. Ini dikatakan oleh Tuhan Yesus bahawa ada orang yang tidak berkahwin kerana inginkan kerajaan Allah. Matius 19:12
Penyampaian laporan secara berkumpulan
Anda dipilih dan dipanggil untuk menjadi pembawa kunci kebahagiaan (Matius 16:18-19)
Sesaat kamu melafazkan janji parkahwinan, pada saatnya juga Tuhan  mengatakan “Diatas batu karang ini Aku akan mendirikan jemaatKu”, dan Tuhan sudah menjadikan keluarga anda jemaatNya. Itulah sebab keluarga dipanggil gereja kecil atau gereja rumahtangga.
Perarakan masuk ke dewan
Engkau adalah Petrus, batu karang.
Semasa kamu melafazkan janji kahwin Tuhan menjadikan kamu Petrus dan Petra. Maka, suami isteri menjadi batu karang jemaat Allah. Apabila batu karang ini kuat dan kukuh yang didirikan dari batu dan bukan pasir maka gereja tidak akan hancur walapun dilanda banjir atau taufan. Suami isteri yang bercerai adalah batu karang yang rapuh sehingga jemaat Allah hancur. Soalannya ialah “Adakah kamu batu karang yang kukuh?”.
Pembaharuan Janji Perkahwinan
“Kepada mu, Ku berikan Kunci” kata Yesus kepada suami isteri.
Kunci itu adalah kunci damai, kunci kesejahteraan dan kunci kebahagiaan yang ditugaskan kepada suami isteri untuk membuka pintu syurga kepada pasangan dan keluarga. Syurga itu seperti  perjamuan perkahwinan seperti persatuan suami isteri yang boleh menghasilkan kebahagian. Soalannya ialah “Adakah kamu kunci kebahagiaan atau kesengsaraan kepada pasangan dan keluarga?”
Pemberkatan Cincin
 
En.Cesar, Pengurusi PFLM, mengucapkan terima kasih dan  memberi dorongan kepada peserta  semasa makan malam ”Sekarang engkau telah dikuatkan oleh Allah dengan itu kamu harus menguatkan sesamamu” Lukas 22:32.
Suami isteri seperti “zip”, saling melengkapi. Apabila masing-masing menceritakan kelemahan pasangan kepada orang lain, zip itu terbuka dan orang luar akan melihatnya. Maka mereka senang mempermalukan diri sendiri. Kepala zip itu ialah Tuhan Yesus yang membuat suami isteri untuk menutup kekurangan dan kelemahan mereka supaya tidak diperlihatkan kepada orang lain. Tuhan ingin pasangan untuk melengkapi dan memenuhi kekurangan masing-masing supaya menjadi rapi. Apabila pasangan mengikuti dan melibatkan Tuhan Yesus dalam perkahwinan maka Tuhan seperti kepala zip itu akan menutup dan membuka hubungan itu.
Pn. Sophia dan En. Dimeh Koyopo membuat perkongsian
Suami isteri adalah orang yang DAPAT memahami dan memenuhi harapan dan kerinduan pasangan. Dia adalah seorang sahabat dan teman hidup yang dapat dipercayai dengan persoalan peribadi yang tidak diketahui oleh orang lain. Dia juga sepenanggung suka dan duka, baik dan buruk, sihat dan sakit dan juga tugas harian.
Pasangan adalah seseorang yang mencipta suasana senang dan gembira, tidak merasa jemu walaupun sudah lama bersama. Mereka sering merasa rindu dan ingin bertemu.
AJK PELAYANAN HIDUP KELUARGA DENGAN SR MARTINA(tiada dalam gambar) BERTERIMA KASIH KEPADA ROMO AGUNG DAN SEMUA PESERTA.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent