Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, July 21, 2018

JODOH Vs. PILIHAN

Laporan disediakan oleh Maureen Joy P. Kinsung


LAHAD DATU - Program Parish Youth Gathering-11 (PYG11) telah dianjurkan oleh tim Kerasulan Belia Paroki (KBP) St. Dominic pada 08.07.2018. PYG11 ini membawa tema Jodoh Vs. Pilihan dengan objektif agar para belia sedar dan memahami konsep ‘JODOH‘ dalam Katolik. Tema ini dipilih kerana realiti zaman sekarang terdapat ramai belia Katolik yang meninggalkan agama atas alasan ‘Jodoh’. Program yang berjalan selama 4 jam ini telah menarik seramai 115 orang belia.

Program dimulakan pada jam 12:30 tengahari dengan nyanyian puji-pujian, games dan juga doa pembukaan yang dikendalikan oleh ahli Komiti Pelayan Altar Paroki St. Dominic.

Sesi pertama menampilkan sketsa ringkas yang dipersembahkan oleh tim KBP. Sketsa ini menceritakan tentang realiti kehidupan seorang belia yang berhadapan dengan dilema dalam membuat pilihan mengenai “Jodoh”. Setelah sketsa selesai dipersembahkan, satu soalan renungan iaitu “Apakah yang akan anda lakukan sekiranya anda ialah pelakon dalam sketsa sebentar tadi?” telah diajukan kepada para belia. Jawapan bagi soalan ini dijawab secara peribadi oleh belia kepada diri mereka sendiri.

Seterusnya, dua soalan iaitu “Adakah jodoh di tangan Tuhan?” dan “Apakah itu takdir?” diajukan kepada para belia. Mereka telah berkongsi pendapat mereka bersama ahli-ahli kumpulan mereka.  

Sesi kemuncak telah dikendalikan oleh Saudara Teodulfo Rosalia Jr. @ Bing-Bing yang telah mengupas dengan lebih mendalam tentang konsep Jodoh dan Pilihan. Melalui sesi ini, belia dapat memahami apa itu takdir, pilihan dan jodoh. Beliau juga turut menyelitkan kriteria untuk mencari pasangan hidup. Antara kriteria tersebut ialah mengasihi, sedia memberi komitmen, komunikasi yang baik, kejujuran, penerimaan dan penyerahan, kesabaran dan peranan diri sendiri dan pasangan sepenuhnya kedalam kasih Tuhan.

Aktiviti diteruskan lagi dengan perkongsian mengenai Amoris Laetitia dari Saudari Rosaina, ahli tim KBP, yang lebih menegaskan tentang kehidupan bujang, berpasangan dan cinta berbuah.

Program PYG11 ini diakhiri dengan para - liturgi yang dikendalikan oleh Saudara Martinus Simon. Saudara Martinus membimbing belia agar mereka dapat membuka hati untuk berkongsi masalah mereka dengan Tuhan dan sekaligus dapat memberi ruang kepada para belia agar merasa lebih dekat dengan Tuhan melalui doa. Setiap belia diberi sekeping kertas dan pen untuk menulis masalah yang sangat menggusarkan hati mereka dan berdoa dihadapan Tuhan. Kertas itu kemudianya digantung pada ‘ranting harapan’.

Program diakhiri pada kira-kira pukul 4.45 petang dengan minum petang dan sesi bergambar.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent