KOTA KINABALU - Sabah Youth Day atau lebih dikenali sebagai SYD merupakan satu program belia, dari belia kepada belia yang dianjurkan sekali dalam empat tahun. Ia merupakan penganjuran bersama ketiga - tiga Keuskupan di Sabah iaitu Keuskupan Agung Kota Kinabalu, Keuskupan Keningau dan Keuskupan Sandakan. Sudah dua tahun berlalu sejak penganjur SYD 4 di Tawau dan kini SYD kembali lagi dengan tema "Aku ini adalah hamba Tuhan; terjadilah padaku menurut perkataanmu." Lukas 1:38.
Pada 5 dan 6 Ogos 2018 yang lalu, seramai 13 orang pemimpin muda dari Komisi Belia ketiga - tiga Keuskupan di Sabah telah berkampung di Bamboo House Riverside Kampung Notoruss Penampang untuk berdoa, merenung dan berfikir secara kritikal untuk membentuk rasional dan objektif bagi SYD 5.
Pertemuan ini merupakan pertemuan kali ke-4 dan telah dimulakan dengan mengimbas kembali sejarah SYD dan mengapa ia sangat releven sehingga ke hari ini. Pertemuan ini kemudiannya mengajak para pemimpin untuk membincangkan isu - isu atau realiti yang sedang dihadapi oleh para belia terutama sekali di zaman millennial ini. Para pemimpin telah mengambil satu hari untuk menghasilkan rasional dan objekif SYD 5 dan puji Tuhan pengisiannya telah merangkumi semua isu - isu utama yang telah diketengahkan semasa pertemuan para pemimpin belia Sabah pada Mac 2018 yang lalu di Pace Bene, Papar.
Objektif penganjur Sabah Youth Day kali ke 5 ini adalah seperti berikut:
- Membawa para peserta untuk merayakan iman sebagai belia Katolik di Sabah.
- Agar para peserta dapat merenung, menghayati dan mengikuti teladan Bonda Maria yang setia terhadap panggilan Tuhan.
- Agar para peserta diteguhkan untuk menjadi saksi-saksi Kristus di era millennial ini.
Misa Harian sempena Pesta Yesus menampakkan KemuliaanNya bersama Rev. Fr. Joshua Liew |
Sr. Dora Obod fsic, selaku Kordinator bagi SYD 5 telah memperkongsikan rasional, objektif dan perjalanan terkini SYD 5 kepada Uskup Agung John Wong. Dikesempatan ini, Uskup Agung juga telah mengongsikan pendapat dan idea - idea yang bernas bagi penganjuran SYD 5 terutama sekali pada bahagian kerohanian. Kunjungan hormat ini sungguh bermakna bagi semua yang hadir kerana sokongan dan berkat yang diberikan oleh Uskup Agung John Wong.
Pelancaran SYD ke 5 akan diadakan di Paroki Holy Trinity di Tawau pada 22 - 24 Februari 2019. Ini menandakan bahawa perjalanan Salib Belia bersama Ikon Bonda Maria akan mula menjelajahi seluruh Sabah sehingga pada kemuncak SYD 5 pada tahun 2020 di Paroki Papar dan Paroki Limbahau.
Semoga perjalanan persiapan menuju SYD 5 ini akan berjalan dengan lancar dan baik meskipun bakal menghadapi cabaran - cabaran yang akan datang. Semoga jalinan persahabatan antara sesama dapat diperkukuhkan dan terus disegarkan dengan cinta - kasih Tuhan agar dapat berjalan bersama - sama dan komited dalam menjayakan SYD 5.
No comments:
Post a Comment