Laporan disediakan oleh SOCCOM Telupid
|
Suasana Dewan St Martin, Telupid |
Telupid,
27 Julai 2018 – Selepas dua tahun penganjuran Konsert Malam Pujian, sekali lagi
Kerasulan Belia Paroki Santo Martin Telupid dengan kerjasama Telupid Event
Management, menganjurkan konsert malam pujian 2.0 yang dihadiri oleh Rev Fr
Jasery G. Emmanuel dan Rev. Fr. Stanley W. Matakim, Kumpulan Infinite Worship, ibu
bapa dan kira-kira 300 orang belia yang datang daripada luar dan dalam Paroki
Santo Martin Telupid serta para belia daripada gereja denominasi lain sebagai
tanda solidariti.
|
Saudari Fetwinda Sipaan - Kordinator Kerasulan Belia Paroki Telupid merangkap Pengerusi Penganjur Konsert Pujian 2.0 |
|
Rev. Fr. Stanley William Matakim - Pembantu Rektor Paroki Telupid |
Konsert
Malam Pujian 2.0 dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi penganjur
iaitu saudari Fettwinda Sipaan dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang telah bertungkus lumus dari awal persiapan malam pujian
sehingga pada hari konsert berlangsung. Beliau juga mengucapkan terima kasih
kepada semua yang telah memberikan sokongan dan sumbangan dalam menjayakan Konsert
Malam Pujian 2.0 ini. Dalam ucapan beliau, Fettwinda turut menyeru kepada semua
untuk terus memberikan bimbingan dan sokongan kepada para belia di dalam
pelayanan mereka kerana belia merupakan bakal pemimpin pada masa hadapan.
Tenaga, semangat serta kreativiti para belia perlu digilap agar lebih berbuah
dan menggunakan bakat-bakat tersebut dalam pelayanan. Sejurus selepas itu,
ucapan tahniah daripada daripada Rev. Fr. Stanley W. Matakim kepada semua yang
terlibat dalam penganjuran konsert malam pujian 2.0. Fr. Stanley juga menyeru
kepada semua untuk memberikan sokongan kepada aktiviti-aktiviti belia dalam
pelayanan. Fr. Stanley mengakhiri ucapannya dengan memimpin doa pembukaan.
|
Suasan Konsert Pujian 2.0 di dalam dewan St Martin, Telupid |
|
Para belia yang penuh dengan bakat dalam muzik dan nyanyian membawa belia dalam lagu puji - pujian |
|
Kumpulan Infinite Worship turut serta dalam Konsert Pujian 2.0 |
Konsert
dimulakan dengan First Wave dimana para belia yang memimpin pujian membawa
semua yang hadir memuji dengan lima buah lagu yang pertama. selepas itu,
penampilan khas dan tanda sokongan daripada rakan belia dari band Infinite
Worship memeriahkan lagi suasana dengan sambutan yang penuh sukacita. Second
Wave dimulakan selepas sahaja persembahan daripada kumpulan Infinite Worship
yang sanggup datang dari Kuala Penyu. Tujuh buah lagu dipersembahan sebelum
Konsert Malam Pujian 2.0 berakhir.
Sepanjang
berlangsungnya Konsert Malam Pujian 2.0, para belia mahupun para ibu bapa yang
hadir memberikan penglibatan yang aktif dengan bersama-sama memuji dan
memuliakan Tuhan dengan cara yang tersendiri. Perkara ini secara tidak langsung
telah mencapai objektif utama penganjuran Konsert Malam Pujian 2.0 iaitu,
membawa dan mengajak para belia untuk terus aktif dalam panggilan pelayanan,
mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan para belia, menggilap bakat-bakat para
belia serta menarik tumpuan para pemimpin pada masa kini untuk terus memberikan
peluang dan bimbingan kepada para belia untuk terus berkembang dalam pelayanan.
|
Para belia yang hadir turut bersama membawa lagu pujian dan penyembahan |
|
Para belia menari bersama memuji Tuhan |
Objektif
penganjuran juga tercapai melalui penglibatan para belia dalam aktiviti busking
oleh band De’Trips yang dilakukan sebelum konsert bermula. Aktiviti ini banyak
menarik belia dan mengetengahkan bakat mereka dalam bermain alat muzik dan
menyanyi. Konsep mari bersama-sama bersukacita dalamNya diterapkan dengan menjemput
para belia yang ingin mencuba sesuatu yang baharu dalam panggilan pelayanan
mereka.
|
Rev. Fr. Jasery Gabuk - Rektor Paroki Telupid |
Rev. Fr. Jasery G. Emmanuel, turut
mengongsikan kegermbiraannya melihat para anak-anak muda dalam pelayanan dan
berharap, penganjuran aktiviti mahupun program ini pada masa akan datang dapat
diteruskan. Konsert Malam Pujian 2.0 diberkati dengan doa penutup yang dipimpin
oleh Rev. Fr. Jasery.
|
Tahniah kepada Kerasulan Belia Paroki Telupid dan Telupid Event Management !! |
coach outlet stores
ReplyDeleteyeezy boost 350
supreme hoodie
nike shoes
coach bags sale
air jordan
nike basketball shoes
nike air max
nhl jerseys
air max 270