Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 12, 2018

"WELCOME" - YOUTH LEADERS' CAMP 6 Hari Pertama

Gambar Kenangan selepas Misa Pembukaan YLC 6 Bersama Paderi Paroki Msgr. Nicholas Ong dan Pembantu Paderi Paroki, Rev. Fr. Sunny Chung 
TAWAU - Seramai 148 belia dari seluruh Keuskupan Sandakan telah mengikuti Youth Leaders' Camp (YLC) kali ke 6 di Holy Trinity, Tawau. Belia - belia dari Paroki Telupid, Paroki Beluran, Paroki Sandakan, Paroki Lahad Datu, Paroki Tawau dan Misi Paitan telah berkampung selama 4 malam dan 5 hari untuk bersama - sama belajar, menemui semula diri, memperbaharui diri agar dapat berhubung semula dengan Tuhan.

Kem yang dijalankan pada 7 Februari sehingga 11 Februari 2018 ini telah mengambil tema yang dipetik dari Lukas 1:30 "Jangan Takut, Maria, Allah Berkenan Pada mu" yang juga merupakan tema Hari Belia Sedunia yang ke 33 pada tahun ini.

Objektif bagi YLC 6 adalah seperti berikut:

  1. Agar pemimpin belia merasakan kasih Kristus dan menjadi keperibadian Yesus sebagai asas di dalam kehidupan dan pelayanan dengan menjadikan Bonda Maria sebagai teladan.
  2. Agar pemimpin belia dapat merasakan sense of belonging di dalam pelayanan dan mengongsikan kepada para belia yang lain.
  3. Membina dan memperkukuhkan persahabatan diantara pemimpin – pemimpin belia di kelima – lima paroki dan Misi Paitan di Keuskupan Sandakan.

"Gereja melihat belia sebagai satu harapan kerana kamu memegang kunci bagi generasi akan datang. Namun untuk mencapainya, kamu perlu bermula sekarang! Berjalan bersama dengan pemimpin hari ini, pemimpin di Gereja dan buktikan bahawa kamu adalah penganti yang layak. Belajarlah dari Bonda Maria erti pengorbanan kasih yang sebenarnya dan teladanilah keperibadiannya yang terus setia dan percaya dalam pekerjaan Tuhan untuknya."

- Mesej Bishop Julius Dusin Gitom kepada para peserta YLC 6 -

Hari pertama dimulakan dengan misa pembukaan yang diselebrankan oleh Msgr. Nicholas Ong, Paderi Paroki Holy Trinity, Tawau bersama - sama Rev. Fr. Sunny Chung. Beliau mengalu - alukan kehadiran semua peserta dan berharap agar mereka akan dapat membawa 'buah yang baik' untuk dibwa kembali ke paroki masing -masing.

Selesai sahaja misa, peserta disajikan dengan makan malam dan diikuti dengan acara mengalu - alukan peserta dalam 'Welcoming Night'. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sing along, puji - pujian dan suai - kenal. Peserta juga telah dipertontonkan dengan imbasan YLC ke 5 yang telah diadakan di Paroki Sandakan pada tahun 2017. 


Msgr. Nicholas Ong menyampaikan ucapan alu - aluan kepada peserta - peserta YLC 6
Msgr. Nicholas Ong telah memberikan ucapan alu - aluannya kepada para peserta dengan mengongsikan tujuh (7) perkara penting iaitu,  

  1. Fokus - Fokus dengan tujuan utama sebab terlalu banyak ganggun / distractions
  2. Look at the bigger picture -- See beyond the ordinary
  3. Relationships - peoples, natures etc #connections
  4. Look into the future - Kristus menyelamatkan dunia #do it now, for the sake of our next generations 
  5. Look into the heart - don't judge by the looks / from the outside.
  6. ACT NOW!
  7. TAKE RISK. DO NOT AFRAID)
Saudara Mario Domingo dan Isteri turut menyertai pembukaan YLC 6. Saudara Mario dalam ucapannya mengingatkan kepada peserta agar teguh dan terus menjadi cahaya Kristus kepada dunia.

Peserta kemudiannya di bahagikan kepada kumpulan - kumpulan kecil dan mengongsikan harapan mereka disepanjang YLC 6 ini. Program hari pertama diakhiri dengan doa malam yang dipimpin oleh tim pelayanan para liturgi.



No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent