Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 12, 2018

"JANGAN TAKUT, ALLAH BERKENAN KEPADAMU" - YOUTH LEADERS'CAMP 6 Hari Ke Lima (Terakhir)

SAYA TIDAK TAKUT, KERANA YESUS BERKENAN KEPADA KU!
Hari ke - 5 Youth Leaders' Camp (YLC) 6 bertemakan 'Jangan Takut, Allah Berkenan Kepadamu', menyaksikan 148 peserta di seluruh Keuskupan di utus. Hari ke - 5 ini telah dimulakan dengan doa pagi dalam bentuk doa Rosari yang dipimpin oleh tim Para Liturgi diikuti dengan sarapan pagi. Sejurus selepas itu, para peserta dibawa dalam satu sesi integrasi iaitu mengintegrasi semua pengalaman dari hari pertama sehingga hari ke-4 dan bagaimana pengalaman itu membantu dan membentuk keperibadian masing - masing. Pada masa yang sama, peserta juga dipersiapkan agar mereka akan lebih bersedia semasa pengutusan nanti.

Kad Doa Pengutusan YLC 6 diberikan kepada setiap peserta 
Misa pengutusan yang diselebrankan oleh Msgr. Nicholas Ong, dalam homilinya berharap agar para belia terutama sekali yang mengikuti YLC ini untuk lebih berani dan tidak takut untuk menjadi saksi Kristus. "Siapa lagi kalau bukan kau!" seru Msgr. Nicholas Ong kepada para peserta YLC 6. Beliau juga mengongsikan betapa pentingnya untuk mempercayai bahawa Tuhan adalah yang berkuasa dan penyelamatan hidup. Maka oleh itu belia harus terus menyebarkan khabar gembira ini. 

Sebelum pemberkatan terakhir, 148 peserta YLC 6 dijemput ke hadapan altar untuk doa pengutusan, selepas menyatakan doa pengutusan, mereka berhadapan dengan umat untuk memohon berkat dan doa tanda sokongan dengan diiringi lagu "Ku serahkanku". Para peserta merasa terharu dan rasa disokong oleh umat gereja. Ini telah mengesahkan bahawa panggilan untuk melayani tu adalah untuk mereka. 

"…You have a special place in my heart and in the whole Church, because the Church is always young! The Church trusts you. She counts on you! Be young in the Church! Be young with the Church! The Church needs your enthusiasm and your creativity! Youth is the time when we aspire to great ideals, when we study and train for our future work…"
 ~ Mesej Bapa Suci Benedict ke 16 kepada para Belia di Lebanon pada September 2012 ~

Msgr. Nisholas Ong, menerima persembahan dari para belia
Peserta YLC 6 diberkat dihadapan Altar
Peserta berhadapan dengan umat untuk mohon doa, berkat dan sokongan diiringi dengan lagu
'Ku serahkanku'
Gambar kenangan bersama - sama dengan Msgr. Nicholas Ong
Selepas misa, peserta sekali lagi dikumpulkan untuk sesi 'what's next?'. Namun sebelum itu mereka telah bahagikan kepada kumpulan untuk memperkongsikan pengalaman yang mereka perolehi semasa pengutusan. Ada yang pertama kali diutus, ada yang pertama kali didoakan oleh umat dan ada yang rasa diperbaharui. 

Antara belia yang tampil ke hadapan untuk berkongsi
Selesai dengan perkongsian, para belia dikumpulkan mengikut paroki / Misi Paitan untuk membincang satu perkara konkrit yang akan mereka lakukan sebagai belia paroki atau sebagai Kerasulan Belia Paroki / Kerasulan Belia Katolik kembalinya mereka dari YLC 6. Berikut adalah hasil perbincangan:
  1. Telupid: Mereka akan mengongsikan pengalaman YLC 6 dalam bentuk tulisan untuk dikongsikan dalam buletin agar umat setempat di Paroki Telupid dapat menegtahui apa yang dialami dan diperolehi oleh belia - belia yang mengikuti YLC 6.
  2. Lahad Datu: Mereka akan menjangkau dan membina hubungan persahabatan dengan para belia luar stasi.
  3. Tawau: Mereka akan '"membaik pulih" hubungan antara sesama tim Kerasulan Belia Paroki 
  4. Beluran: Membentuk Tim Kerasulan Belia Paroki Beluran yang lengkap.
  5. Sandakan: Membentuk Tim Kerasulan Belia Paroki Sandakan yang baru.
  6. Misi Paitan: Membentuk Kerasulan Belia Katolik.

Kerasulan Belia Paroki St Dominic, Lahad Datu

Kerasulan Belia Paroki Our Lady of Fatima, Beluran

Kerasulan Belia Paroki Holy Trinity, Tawau

Kerasulan Belia Katolik Misi Paitan

Kerasulan Belia Paroki Katedral St Mary, Sandakan
Kerasulan Belia Paroki St Martin, Telupid
Youth Leaders' Camp 6 2018 diakhiri dengan doa dan lagu 'Syukur'. Mereka juga diberikan satu tugas untuk memberikan kata - kata peneguhan (affirmation) kepada rakan - rakan YLC 6 dalam 'You are and Amazing Person Because...' 

You are an Amazing Person because...
Para peserta bersama dengan kata - kata peneguhan masing - masing
Hidangan 'Nasi Lalap' untuk makan tengahari
Semoga, YLC 6 tahun ini memberikan pengalaman dan pembelajaran baru kepada para peserta. Diharapkan juga semoga hubungan antara sesama mereka diperteguhkan terutama sekali pelayanan sebagai belia di paroki masing - masing dan semoga, peserta ini akan mengikuti program Youth Leaders' Camp ke 7 2019.

Para Seminarian: Dari atas kiri: Sem. Steven Esquerra, Bawah Kiri: Sem. Arthur John, Atas kanan: Sem. Dafrin Diwol, Bawah Kanan: Sem Jayce Mujis (Baju Oren), Walter Milter (Sukarelawan), Tengah - tengah: Sem. Edward Yahan

Tim Penganjur Youth Leaders' Camp 6 2018
Dengan ini, pihak penganjur ingin merakamkan ucapan terima kasih pertama - tama sekali kepada Bapa Uskup Julius Dusin Gitom diatas kepercayaan yang diberikan untuk menganjurkan program ini. 

Kepada Msgr. Nicholas Ong, Paderi Paroki Holy Trinity, Tawau, Rev. Fr. Sunny Chung, Pembantu Paderi Paroki, Para Sisters, Kerasulan Belia Paroki Tawau dan umat diatas sokongan terutama sekali sumbangan yang telah diberikan dari segi kewangan dan bahan mentah. 

Kepada Rev. Fr. David Garaman, selaku penasihat Rohani DYA dan Sr. Lilian Unsoh diatas nasihat dan tunjuk ajar dalam persiapan YLC 6.

Kepada para seminarian yang telah menyertai dan membantu dalam program dan semua paroki yang juga telah menyumbangkan kewangan, bahan - bahan mentah untuk makan - minum sepanjang YLC 6 dan doa, terima kasih diucapkan. 

Kepada SOCCOM Paroki Tawau, Ibu - ibu dari Kerasulan Wanita Katolik yang telah memasak untuk 5 hari program, para sukarelawan dan semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program YLC kali ke 6 ini, terima kasih diatas segala - galanya. Semoga Tuhan memberkati dan menyertai kita terutama sekali dalam sama - sama membangunkan para belia di Keuskupan Sandakan.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent