Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 12, 2018

"JANGAN TAKUT" - YOUTH LEADERS' CAMP 6 Hari Kedua

Tema YLC 6 pada hari 2 adalah "Jangan Takut". Hari kedua mengajak peserta untuk keluar dari belenggu permasalahan diri, ketakutan, keraguan serta bebanan yang sedang bergolak dihati mereka. Hari kedua adalah hari untuk melihat 'saya' didalam diri mereka.

Peserta telah dibangunkan seawal jam 3.ooam dengan berpakaian seperti orang - orang Israel pada zaman Musa. Mereka akan melalui satu aktiviti yang dipanggil 'EXODUS' yang bermakna keluar, seperti orang - orang Israel yang dibawa keluar dari tanah Mesir.


Arahan sedang diberikan kepada para peserta.
Objektif:
  1. Untuk memberi kesempatan kepada peserta agar dapat mengalami perjalanan sejarah keselamatan Israel.
  2. Agar peserta dapat menemui diri mereka melalui stesen - stesen yang disediakan.
  3. Untuk membantu para peserta meneydari betapa besar kasih Allah terhadap orang zaman dulu dan mampu menghubungkan kasih Allah ini kepada diri mereka sendiri terutama sekali kehidupan mereka.
Dalam aktiviti 'EXODUS' ini, peserta akan melalui 10 stesen yang dipenuhi dengan aktiviti mencabar dan memerlukan mereka untuk merenung. Aktiviti 'EXODUS' berakhir apabila semua kumpulan sampai ke 'tanah yang dijanjikan Allah'. dan pada masa itu jam telah menunjukan jam 7.30 pagi. Peserta kemudiannya diberi masa membersihkan diri, bersarapan pagi dan beristirehat.


Stesen Pertama: Orang Israel di Tindas di Mesir
Stesen Dua: Musa di utus Tuhan
Stesen Tiga: 10 Tulah
Stesen Empat: Bencana Air menjadi Darah
Stesen Lima: Kebuluran di Padang Gurun
Stesen Enam: Menyeberangi Laut Merah
Stesen Tujuh: Penantian selama 40 hari di padang Gurun

Stesen Lapan: Bapa Iman; Bapa Abraham
Stesen Sembilan: Yoshua dipilih untuk memimpin orang Israel ke tanah Perjanjian
Stesen 10: Tanah Perjanjian
Selepas rehat para belia dikumpulkan dengan Time of Life pada jam 11.00 pagi dan diikuti dengan perkongsian kumpulan berdasarkan kepada pengalaman mengharungi aktiviti EXODUS. Ramai dikalangan peserta merasa dicabar terutama sekali aktiviti yang dilakukan pada jam 3.00 pagi. Banyak karenah yang kelihatan dan keluhan kedengaran semasa melakukan aktiviti ini. 

Siapa kata mengikut Yesus itu senang? Jalan yang diambil tidak semudah seperti mengungkap 'I love Jesus'. Ini yang dikatakan sebagai 'road less traveled by'. Tuhan akan memanggil untuk melayani bila - bila masa sahaja, tidak kira waktu dan tempat sama seperti rasul - rasul yang dipilihNya. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan dari segi masa, wang tunai, tenaga dan pastinya banyak juga keluhan, rungutan, ketidak puas hati, cemburu, malas dan kesilapan berlaku disepanjang perjalanan.

Dalam kehidupan juga sedemikian, tidak ada yang 'selesa' dan sentiasa baik. Ada jatuh dan naiknya hidup ini. Namun apa yang mendorong untuk terus berdiri dan maju ke hadapan adalah keputusan yang diambil setiap hari. "Jangan takut! Bukalah pintu minda dan hati kepada Yesus dan benarkan Dia berkerja di dalam hati kamu. Hanya di dalam Yesus akan kamu temui kekuatan dan keberanian untuk melangkah maju dalam kehidupan, dan mengatasi cabaran dan penderitaan." Begitulah kata - kata Bishop Julius dalam mesejnya kepada para peserta YLC 6.

Antara belia - belia yang tampil ke hadapan untuk mengongsikan pengalaman mereka semasa aktiviti EXODUS
Disebelah petang, hari kedua diteruskan dengan sesi Personal Development Plan oleh Saudari Roselinah Francis, Kordinator Belia Keuskupan Keningau. Dalam sesi ini, peserta diajak untuk lebih mendengar kehidupan danmelihat serta merenung akan keberadaan diri sendiri. Peserta dibawa dalam proses mengenali diri sendiri melalui empat perkara iaitu:
  1. Hidup Rohani dan Peribadi
  2. Hubungan dengan sesama (Keluarga. kawan - kawan)
  3. Mission / Studies / Work
  4. Physical and Material Well Being

Saudari Roselinah Francis - "Listen to your Life"
Personal Development Plan
Peserta sedang melihat kembali diri berdasarkan empat perkara iaitu bagaimanakah kehidupan rohani dan peribadi mereka, hubungan mereka dengan ornag lain, pelayanan/pembelajaran /pekerjaan mereka dan keadaan fizikal serta ekonomi diri disepanjang 2017.
Setelah selesai mengimbas kembali kehidupan disepanjang 2017, para peserta mengongsikan penemuan mereka dalam kumpulan kecil. Aktiviti seumpama ini sangat membantu terutama sekali menilai dan melihat semula kehidupan yang dilalui sepanjang 2017. Mereka menemukan perkara - perkara yang perlu diperbaiki seperti berdoa, mempunyai masa untuk keluarga dan diri sendiri, perlu punya keseimbangan antara diri sendiri, pelayanan, pekerjaan dan pembelajaran. Kesihatan juga perlu dijaga dan akhir sekali lebih bijak dengan urusan kewangan. Selesai perkongsian dan minum petang, peserta bersiap sedia untuk misa harian.

Misa harian dihari kedua telah dirayakan oleh Rev. Fr. Sunny Chung, Pembantu Paroki Holy Trinity, Tawau. Dalam homilinya, beliau mengingatkan bahawa Yesus tidak dapat disembunyikan jika iman dihidupi di dalam diri. Peserta juga diingatkan untuk merendahkan diri dihadapan Tuhan kerana mereka tidak mempunyai apa - apa, akan tetapi di dalam Yesus dan melalui-Nya, hidup akan lebih bersinar dan bermakna. Beliau juga menjelaskan bahawa perlu untuk berdoa bersungguh - sungguh dan jangan sambil lewa kerana doa dan perbuatan tidak boleh dipisahkan. Selesai misa, para peserta menjamu makan malam bersama - sama di kantin Holy Trinity, Tawau. 


Rev. Fr. Sunny Chung sedang menyampaikan homili
Sesi Personal Development Plan diteruskan dengan mengajak para peserta, untuk membuat Vision Board berdasarkan kepada penemuan yang mereka temui di sesi petang tadi. Vision Board adalah satu aktiviti dimana peserta akan membuat visi peribadi; peribadi  yang bagaimanakah ingin mereka jadi  pada akhir tahun 2018?

Vision Board mereka adalah hasil daripada guntingan gambar atau ayat yang secara kreatif menunjukkan visi peribadi mereka.


Para peserta dengan Vision Board masing - masing

Amat penting sekali bagi para peserta diberi ruang untuk mengongsikan pengalaman dan harapan mereka dalam membuat visi peribadi agar mereka diteguhkan dan disokong oleh teman - teman sepelayanan. Sesi Personal Development Plan ini di akhiri dengan klip video 5 loaves and 2 fishes nyanyian Corina May. Segala pengalaman yang diperolehi disepanjang hari kedua ini dibawa dalam Adorasi, saat bersama Yesus sebagai tanda syukur.

1 comment:

  1. Hai,

    Adakah Saudari Roselinah Francis sekarang Kordinator Belia Keuskupan Sandakan?

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent