Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 12, 2018

"ALLAH BERKENAN KEPADAMU" - YOUTH LEADERS' CAMP 6 Hari ke Empat


Setelah melalui dua hari program yang merangkupi 'Saya', 'Saya dan Tuhan / Bonda Maria', peserta kini diajak untuk menyedari bahawa seseorang itu tidak boleh berjalan bersendirian. Setiap manusia memerlukan orang lain. Kepelbagaian talenta dan bakat yang ada pada setiap peserta disatukan sehingga menjadi 'alunan yang harmoni'dalam melayani.

Tema bagi YLC 6 hari ke empat (4) adalah "ALLAH BERKENAN KEPADAMU." Peserta diajak untuk menyedari bahawa Allah berkenan kepada setiap peribadi yang dipanggilNya. Maka setiap peribadi ini perlu bersatu dan belajar untuk saling melengkapi untuk membangunkan gereja.

Misa harian yang diselebrankan oleh Rev. Fr. Sunny Chung, merupakan 'starter' dihari ke - empat. Selesai misa dan sarapan pagi, peserta di bawa dalam perkongsian 'Dear You, From Your Heavenly Father', surat yang mereka tulis pada malam Taize. Perkongsian ini adalah secara dua orang, di mana mereka akan bertukar surat dan membacanya, menganggapkan bahawa Tuhan yang sedang bercakap. Para peserta telah dibawa dalam doa persiapan sebelum perkongsian bermula dengan harapan, mereka juga disembuhkan dan diperkuatkan melalui sesi ini. Perkongsian diteruskan dan diakhiri dengan doa antara sesama. Ini yang dikatakan saling mendengar, saling melengkapi dan saling menyokong antara satu dengan yang lain.  


Perkongsian surat 'Dear You, From Your Heavenly Father'

Mesej Bapa di Syurga yang dibaca ...


Jangan Takut wahai anak - anakku saya ada disini bersamamu ~ Tuhan


Oleh kerana hari ke empat adalah berkenaan dengan berjalan dengan orang lain maka, Sr. Maria Dipal, rgs, telah dijemput untuk menyampaikan sesi 'TEAM'. Dalam sesi ini, peserta diingatkan untuk bersatu dengan ahli tim yang lain. Setiap seorang belia yang diciptakan-Nya adalah berharga dan Dia amat berkenan kepada setiap seorang yang diciptakan. Semua yang diciptakan adalah tidak serupa dan mereka dipenuhi dengan 'warna - warna' kehidupan. Oleh itu ada keperluan untuk mengakui keunikan sendiri dan memiliki sepenuhnya keistmewaan itu dan pentingnya untuk mengogsikan kepada orang lain agar 'cahaya' pemberian Kristus dapat di sebarkan dalam tim, paroki, keuskupan dan mereka yang melihat kita melihat Yesus.




Perkongsian Kumpulan berdasarkan aktiviti

Perkongsian mengikut Paroki / Misi Paitan
Secara realitinya kepelbagaian itu akan menjadi satu cabaran dan saling menerima antara satu dengan yang lain akan menjadi sukar. Namun tidak mustahil bagi ianya terjadi, apa yang penting adalah untuk belajar merendahkan diri dan kasih boleh meruntuhkan cabaran itu.

Coming together is a beginning, Keeping together is a progress, working together is a success!

Sr. Maria Dipal, telah mencabar para peserta untuk berfikir 'outside the box' melalui aktiviti - aktiviti yang dijalankan. Beliau juga mengongsikan kepentingan mempunyai kesedaran diri (Self awareness) dan komunikasi yang baik. Sesi diakhiri dengan perkongsian peserta berkenan sesi yang telah disampaikan.

Di waktu petang, sebagai pemantapan bagi sesi Sr. Maria, peserta sekali lagi diajak untuk satu lagi aktiviti berkumpulan iaitu 'Are you on Board?' Setiap paroki diberikan dua batang / dahan pokok untuk dijadikan perahu. Setiap paroki perlu berfikir bagaimana untuk 'mendayung' perahu tersebut untuk sampai ke destinasi.


ARE YOU ON BOARD?


Row - Row - Row Your Boat ....


Saya Boleh! Kami pasti Boleh!
Bermacam ragam dapat dilihat dalam aktiviti ini. Ada yang bersama - sama dalam 'perahu', ada yang sedikit sahaja dalam 'perahu', ada yang mendayung sendiri dan akhirnya merasa penat kepenatan, ada yang memberi sorakan dan dapat juga dilihat semua ahli mahu menjadi ketua. 

Selesai aktiviti, para peserta dibawa dalam memproses pengalaman dalam melaksanakan aktiviti tersebut dan fasilitator yang bertugas telah memberikan sedikit ulasan berdasarkan kepada perkongsian singkat yang telah diberikan oleh peserta.




Semua peserta khusyuk mendengar sintesis yang disemapaikan oleh fasilitator yang bertugas
Realiti pelayanan sangat banyak. Oleh itu setiap yang melayani itu perlu "melakukannya dengan mata yang tertuju kepada Yesusyang memimpin kita dalam iman, dan yang membawa iman kita itu kepada kesempurnaan, yang dengan mengabaikan kehinaantekun memikul salib ganti sukacita yang disediakan bagi Dia, yang sekarang duduk di sebelah kanan takhta Allah." Ibrani 12: 1-12

Selesai sahaja dengan sesi proses and sintesis, para peserta merehatkan diri sambil minum petang sebelum masuk ke sesi yang terakhir iaitu "Jesus' Mission is You!" yang disampaikan oleh Rev. Fr. Sunny Chung.

Dalam Matius 22:14 ‘ramai yang dipanggil, tapi sedikit yang dipilih’ yang dipilih itu adalah yang diperkenankan oleh Allah. Tuhan tahu segala perancangan-Nya bagi setiap belia yang dipanggil untuk melayani. Dalam Yeremia 1:5 ‘sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, dan sebelum engkau dilahirkan, aku sudah memilih dan melantik engkau menjadi nabi bagi bangsa- bangsa.’ Ternyata mereka yang mengatakan ‘ya’ pada panggilan pelayanan telah disiapkan dan dibentuk melalui perjalanan dan cabaran kehidupan untuk menyempurnakan misi kudus-Nya.

Setelah melalui empat hari program YLC 6 ini, akhirnya para peserta akan menyedari  bahawa selama ini, mereka sudah berada didalam perancangan Tuhan. Misi Tuhan adalah peserta itu sendiri. Yesus memanggil, membentuk, mengajar, memperbaharui, mencabar, membina untuk mempersiapkan mereka untuk hal yang lebih besar iaitu misi-Nya.


Rev. Fr. Sunny Chung menerima Cenderakenangan dari pihak penganjur yang disampaikan oleh Clement Simeon
Dalam sesi Rev. Fr. Sunny menegaskan bahawa "...bukan soal layak atau tidak layak tapi sanggupkah kamu untuk menerima dan melakukannya." Yesus sangat memerlukan orang muda untuk membantu Dia terutama sekali dalam dunia yang sedang dikecam, untuk membawa harapan kepada yang putus asa dan membawa kegembiraan kepada dunia. Yesus mengetahui segalanya keperibadian seseorang itu maka itulah sebab dia di pilih dan sebabnya hanya satu - KASIH!

Besiap sedia untuk Malam Retro YLC 6!!!!

Hidangan Makan Malam Retro YLC 6
Kini tiba pemimpin belia merayakan anugerah kewujudan panggilan dan pelayanan mereka melalui fellowship bersama yang bertemakan "It's Retro Time!". Perkataan retro datangnya dari Bahasa Latin yang bermaksud 'kembali di masa lalu'. Dalam fellwoship ini, mereka diajak untuk menghargai perjalanan dimasa yang lalu yang telah membentuk keperibadian mereka pada hari ini. Semua sesi - sesi telah  membawa mereka kepada saat ini mengenal betapa besarnya berkat Tuhan dalam kehidupan masing - masing dan Dia selalu berada bersama belia meski kehidupan itu sudah hampir di 'penghujung tali'.

Maka malam Retro ini adalah satu kesempatan bagi para peserta untuk bergembira dengan persembahan spontan setiap kumpulan, penganugerahan para peserta yang dipilih berdasarkan Santa - Santo dan ciri - ciri belia dan menikmati makan malam yang enak. Semua peserta benar - benar menghidupi tema retro YLC 6 dengan berpakaian ala - ala 50an, 60an, 70an dan 80an. Malam itu juga di penuhi dengan tawa - riang dengan cara pengacara yang mengacarakan malam itu. Pasti malam Retro ini dikenang dan satu lagi memori tercipta dikalangan peserta. Malam Retro YLC 6 diakhiri dengan Doa Malam oleh Rev. Fr. Sunny Chung.


Wajah - wajah pemimpin belia di Malam Retro YLC 6


Peserta berdansa riang - ria


YLC 6 King and Queen

Pengacara Malam Retro dari kiri Debit Leba, Micheel Leong dan James Joseph
Rev. Fr. Sunny Chung Menutupi Malam Retro YLC 6 dengan Doa

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent