Disediakan oleh Steffi Paul Leo
Sandakan:
Seramai 19 orang ahli KKD Maria Ratu
Rosari telah membuat lawatan mesra ke Rumah Warga Tua Sri Harapan dan Persatuan
Rumah Amal Sabah (Sabah Cheshire Home) bertempat di Batu 5, Jalan Sibuga pada
10 Mac 2018.
Lawatan ini diketuai oleh Puan Connie Joseph. Lawatan ini
bertujuan untuk membuka hati para ahli KKD tentang kehidupan golongan tua dan
istimewa.
Lawatan
bermula seawal jam 1.30 petang di Rumah Warga Tua Sri
Harapan. Dalam lawatan itu, En. Edin salah seorang kakitangan di tempat
tersebut telah menerangkan serba sedikit tentang tugasan harian yang mereka
lakukan kepada penghuni rumah amal tersebut. Beliau juga menambah bahawa mereka
akan lebih mengambil berat kepada golongan lebih sensitif.
Ah Fong, salah seorang penghuni di Rumah Amal
Lawatan dilanjutkan ke Rumah Amal Sabah pada pukul 3 petang.
Para ahli KKD berpeluang untuk beramah mesra, berhibur dan menangkap gambar
bersama-sama golongan istimewa. Selain itu, para ahli telah memberikan
sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada rumah amal tersebut. Lawatan
berakhir pada jam 4 petang.
No comments:
Post a Comment