Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 13, 2015

Perkongsian daripada Sdra Steven Robles (IKD KATEDRAL ST MARY SANDAKAN)

(Steven F. Robles, seorang juruteknik penghawa dingin di Sandakan berasal dari Keningau.) 


Ibubapa saya adalah umat Katolik yang berkomited, teguh dalam iman. Adalah menjadi impian mereka agar semua ahli dalam keluarga menganuti Katolik. Oleh itu, mereka memastikan saya juga adik saya mengikuti proses IKD di Katedral St Mary. Mereka adalah contoh bagi saya, merekalah pendorong saya.

Sebelum mengikuti proses IKD, saya kuat melawan dan cepat marah. Saya sedar bahawa sifat sedemikian adalah tidak baik sama sekali. Saya mahu berubah, namun tidak dapat menemui jalannya.

Saya bersyukur kerana melalui sesi-sesi yang disampaikan, serba sedikit dapat mengubah sikap saya. Langkah-langkah kecil sedemikian menyelamatkan saya dari terus kekal dalam sifat lama, sifat yang bertentangan dengan ajaran Katolik.

Saya juga sungguh-sungguh merindui dibaptis agar dapat mengakui dosa dan dapat berkongsi iman dengan sesama. Melalui IKD juga, saya dapat mengenali erti kata 'Iman, Pengharapan dan Kasih. Yang terlebih besar ialah Kasih.' ~ (1 Korintus 13 : 13)

Saya berharap dan dapat terus mengasihi Tuhan Yesus, sesama manusia juga diri sendiri. Saya yakin bahawa iman akan menolong saya untuk mengatasi sifat-sifat yang tidak baik di dalam diri saya ke arah menjadi teladan dan saksi Kristus  Dengan adanya Kasih Kristus, saya kini mudah untuk memaafkan saudara-saudara dan kawan-kawan saya yang pernah menyakiti saya. Saya juga doakan agar mereka dapat memaafkan saya atas segala kesilapan saya.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent