Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 30, 2014

Keep In Touch Always (KITA)

Artikel dan gambar oleh SOCCOM Lahad Datu. 

Paroki St. Dominic Lahad Datu - Program KITA yang dilaksanakan pada Ahad 27hb April 2014 bermula pada 12.30 tengahari dan berakhir kira-kira jam 5.00  petang. Program yang dihadiri lebih kurang 20 peserta juga ibu bapa, tidak termasuk para pengendali sesi ini, amat baik dan berfaedah. Sesi ini mampu memberi segala informasi dan pembentukan sebagai persiapan serta pendedahan awal kepada peserta terutamanya para pelajar yang akan meneruskan pelajaran mereka keluar negeri atau negara. 
Setiap tahun, jumlah bilangan pelajar yang akan meneruskan pelajaran mereka di IPTA, IPTS atau Institusi-Institusi Pengajian Tinggi yang lain adalah amat besar. Ramai yang tercundang bukan sahaja dari segi pencapaian akademik bahkan tergadai iman mereka. Mereka tidak dilengkapi kemahiran untuk tinggal jauh dari keluarga. Kebebasan yang diperolehi salah dipergunakan.
Melalui 4 sesi sepanjang program KITA ini, para peserta diterangkan dan didedahkan tentang pentingnya kesedaraan akan iman serta ajaran agama kita, memahami serta mengetahui hak asasi manusia terutamanya dalam undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia, hak dan kebebasan beragama di Malaysia. 
Para peserta juga diberi peluang untuk mengetahui dan menjangka suasana-suasana atau keadaaan yang mungkin bakal mereka tempuhi ketika berada di tempat jauh dari keluarga semasa melanjutkan pelajaran. 
Antara sesi-sesinya:


1.    Pengenalan – oleh Saudari Sharon Tan
2.    Mendalami iman Katolik – oleh Saudari Esther
3.    Hak dan Tanggungjawab – oleh Saudara Arturo Teneros Jr
4.    Melihat Kehadapan – oleh Saudari Maureen

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent