This Easter 382 catechumens and candidates from across the four parishes in the diocese were baptized / accepted into full communion with the Catholic church with 121 from St Mary's Cathedral Parish, Sandakan, 111 from Holy Trinity Parish Tawau, 96 from St Dominic's Parish Lahad Datu and 54 from St Martin's Parish Telupid.
Shalom! Nama saya Suzzene, berasal dari Kapit, Sarawak. Saya belajar di Maktab Perguruan Tawau dan saya mula menyertai kelas IKD pada bulan April 2013. Mengikuti kelas IKD ini pada awalnya merupakan idea seorang sahabat yang bersungguh untuk membantu saya dalam mempelajari tentang iman dan yang penting tentang Tuhan.
Suzzene Tiara Unsang |
Sepanjang menyertai kelas IKD, memang banyak perkara yang telah saya pelajari. Bermula sebagai seorang yang kosong, saya telah belajar sedikit demi sedikit dengan bimbingan para pembimbing yang sangat membantu. Saya mula mengetahui cara untuk berdoa, membaca Firman dan mula mengenal lebih dalam lagi peribadi saya.
Melalui IKD juga, saya mengatahui apa itu luka batin dan saya telah membenarkan benih-benih jahat bertumbuh dalam diri melalui luka-luka batin saya. Saya sangat bersyukur kerana para pembimbing yang telah membantu saya untuk belajar mengampuni sesama dan diri sendiri.
Syukur kepada Tuhan kerana sepanjang perjalanan saya di IKD saya dapat rasakan perubahan yang positif pada diri saya. Saya dapat rasakan ada suka cita Tuhan di dalam diri saya. Sekarang saya dalam fasa mempersiapkan diri untuk menghadapi hari pembaptisan kelak. Saya berasa sungguh teruja untuk menjadi seorang yang baharu dan bebas dari segala dosa-dosa silam yang telah saya lakukan. Sepanjang persiapan ini, saya mohon juga agar semuanya berjalan dengan lancar dan kuasa Roh Kudus sentiasa hadir untuk memberi kekuatan kepada saya dari segi jasmani dan rohani.
Tidak lupa kepada semua yang telah memberikan bimbingan, terima kasih saya ucapkan yang tak terhingga. Puji Tuhan kerana sehingga saat ini saya telah diberi kekuatan dan semangat yang baharu untuk menjadi seorang Katolik yang bukan pada nama tetapi dalam setiap perbuatan saya. Amen dan terima kasih
No comments:
Post a Comment