Saya sebenarnya jarang sekali hadir ke misa kudus sebab ketika itu saya tidak mengenal Yesus Kristus lagi. Kerap saya tertanya-tanya, siapakah Yesus itu?
Saya pernah mengikuti rakan-rakan saya untuk berdoa rosario di rumah-rumah jiran saya. Saya rasa tenang sekali semasa kami berdoa rosario. Ia memberi saya ketenangan, rasa aman di dalam diri saya. Sejak itu saya kerap mengikuti doa rosario. Susulan dari itu, seorang rakan karib saya mengajak saya untuk bersembahyang di gereja. Saya bersetuju lalu menerima ajakannya.
Nolie Jude Yosoreg |
Ketika berada dalam gereja, saya rasa sungguh nyaman. Lagu-lagu rohani membuat hatiku terpaku kepada Yesus. Saya turut serta dalam nyanyian dan liriknya memukau saya, mula membuka pintu hatiku mahu mendekati Yesus.
Tiap kali ke gereja, saya mahu duduk di barisan hadapan gereja. Saat itu, saya dapat memerhati perjalanan perayaan dengan jelas. Umat-umat berlutut dalam suasana hening juga doa. Saya kagum kerana tidak kira yang dewasa mahu pun kanak-kanak, kesemuanya berlutut. Mengapa harus berbuat sedemikian? Rakan saya berkata bahawa dia berdoa, memohon pengampunan dari Tuhan kerana dia berdosa.
Saya juga banyak membuat dosa. Kepada siapa harus saya memohon ampun? Kini saya mengerti bahawa Yesus, Maha baik, Maha Pengasih yang boleh mengampuni sesiapa sahaja asalkan bertobat. Berapa kali boleh Yesus mengampuni dosa-dosa saya? Sebeberapa kali sahaja jika kita panjatkan permohonan kepadaNya.
Hati saya tergerak. Lalu saya berdaftar mengikuti proses IKD. Semasa sesi pembelajaran, saya dapat mengetahui sedikit tentang Yesus bahawa Dia adalah Allah benar dan Juruselamat bagi umatnya. Saya berharap saya dapat mengetahui lebih banyak lagi tentang Yesus Kristus. Semoga Roh Kudus sentiasa berada pada saya, memimpin saya ke arah yang benar. Amen!

No comments:
Post a Comment