Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, April 27, 2014

'Saya amat bersyukur kepada Yesus', kata Chong Irine dari SDC Lahad Datu


Chong Irine
Sebelum saya mengenal Kristus dan menyertai kelas IKD, kehidupan saya bagaikan malam tanpa bintang dan bulan. Saya kehausan untuk menemui 'Penyelamat'. Saya terasa hidupku amat kosong, tidak bermakna.
Sejak saya masuk ke sekolah menengah, saya ada ramai rakan yang bukan agama Kristian. Pada suatu hari, semasa saya bertugas di pusat sumber sekolah saya bersama dengan rakan-rakan setugas, kami banyak berbual. Tiba-tiba, mereka tanya saya tentang agama Kristian. Mereka mengemukakan banyak soalan kepada saya yang amat menyinggung perasaan saya. Contoh : “Kenapa engkau jadi Kristian”? Apa manfaatnya menjadi Kristian? Tahukah engkau tentang Kristian? Mudah saja saya menjawab 'saya tiada keturunan yang beragama seperti kamu, jadi buat apa saya mau jadi penganut agama kamu? Selepas itu mereka cerita tentang kebaikan agama mereka. Saya hanya berpura-pura mendengarkan kepada mereka. Sekali lagi mereka tanya kepada saya “mahukah engkau jadi seperti kami”? Saya rasa geram lalu saya keluar dari pusat sumber dan tinggalkan mereka. Sejak dari hari itu, saya teringin sekali mahu mengetahui pengajaran dan amalan Kristian dengan lebih mendalam.

Selepas saya mengenal Kristus melalui proses IKD, saya berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Yesus kerana Dia telah membimbing saya. Dia sentiasa berada di sisiku. Saya tidak perlu takut. 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent