Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, April 26, 2014

'Saya Menjadi Berani Kerana IKD' ~ Mary Crish V Almonte dari SDC Lahad Datu

 Mary Crish V. Almonte
Sebelum saya mengenal Kristus, saya segan untuk ke gereja kerana saya tidak mempunyai keyakinan dan kepercayaan diri. Saya tidak tahu mengapa begitu. Saya hanya mengharapkan kawan. Jika kawan saya pergi, baru saya akan menyertainya. Jika mereka tidak pergi maka saya juga tidak akan pergi. Saya seorang yang pemalu dan tidak ada keberanian diri. Kalau pun saya pergi gereja, saya tidak akan merenungkan Ekaristi. Saya hanya menganggap Ekaristi itu seperti biasa, tiada yang istimewa.
Pada satu ketika, saya menghilangkan diri dari gereja buat selama setengah tahun. Walaupun diajak, saya tetap menolak. Sesuatu yang aneh berlaku pada saya. Saya terdengar bisikan dalam hati kecil saya, memohon saya agar menemui Tuhan di gereja. Saat itu saya berasa sangat takut. Saya mula mempuyai kerinduan untuk pergi ke gereja. Kalau saya ketinggalan ke gereja, saya berasa sangat susah hati.
Syukur dan puji Tuhan! Setiap minggu saya tetap akan ke gereja. Saya cuba merenungkan Ekaristi itu secara perlahan-lahan. Sekarang, sebelum misa bermula saya akan berdoa:

“Ya Bapa..aku merasa aku tidak layak untuk berdoa kepada Bapa.
Jika ini adalah panggilanMu kepadaku, aku turuti segalanya
Ya Bapa utuslah Roh Kudus-Mu kepadaku agar rasa ketakutan
dan rasa segan itu hilang. Ya Bapa saya mohon semua ini melalui
Yesus Kristus Tuhan Juruselamatku. Amen”.

Setelah menghadiri perayaan Ekaristi satu ketika pada tahun lalu, saya terjumpa dengan makcik saya dan kami banyak berborak. Dia mengajak saya untuk berdaftar ke kelas IKD. Saya berterima kasih kepada makcik saya kerana sudi menolong saya. Rasa ketakutan dan segan sudah hilang. Saya bangga dengan diri saya kerana menjadi berani. Saya dapat belajar banyak tentang Tuhan Yesus dan siapa Dia dalam kehidupan saya. 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent