Oleh Lawrence Matusin
|
TELUPID – Seramai 34 ahli
Komuniti Kristian Dasar (KKD) telah menyatakan keinginan untuk melayani di
Paroki St. Martin, Telupid di hadapan para umat beriman pada 6hb April 2014, Minggu Ke-5 Musim Pra-Paska.
“Di dalam kehadiran Allah dan umatNya, kamu
akan menyatakan keinginan kamu untuk melayani Tuhan sebagai AJK KKD di Paroki
ini,” kata Fr. Jasery Gabuk selaku Paderi Paroki.
Fr. Jasery menjelaskan bahawa
peranan dan tanggungjawab melayani bukan hanya sekadar di pusat paroki sahaja tetapi juga di seluruh paroki dengan kesaksian nilai-nilai kristiani kepada sesama manusia.
"Tanggungjawab pelayanan ini adalah para ahli haruslah membentuk diri terlebih dahulu melalui kefahaman Katekismus Gereja Katolik dan mengamalkannya dalam kehidupan
harian,” jelasnya.
Di dalam ikrar ini mereka menyatakan
kerelaan untuk melayani dengan komitmen yang tinggi dalam pelayanan KKD
disamping berjanji melayani dengan semangat pelayanan Kristus sebagai gembala. Mereka juga berjanji untuk bersaksi dengan nilai-nilai kegerejaan sentiasa dibimbing Roh Kudus agar diberi kekuatan sambil didukung dengan doa daripada seluruh komuniti.
No comments:
Post a Comment