Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 21, 2014

PERJALANAN IMAN SAYA DI IKD ~ JULIA INGGAI DARI TAWAU

Shalom! Nama saya Julia Inggai, berasal dari Kampong Jawa Tawau, Sabah. Sebelum mengikuti program IKD, saya seperti “anak domba yang hilang,” disebabkan kami sekeluarga sering berpindah mengikuti suami.
Julia Inggai Kg. Jawa, Tawau. 

Saya dibesarkan dalam keluarga protestant dan oleh kerana keluarga saya sentiasa berpindah, saya tidak dapat lebih mendekati dan mengenali Tuhan. Iman saya semakin pudar sehinggalah suami saya bersara dan kembali ke kampung halaman, iaitu Tawau. Oleh kerana suami saya seorang Katolik, saya juga bersembahyang di Gereja Katolik.

Pada tahun 2012, satu Seminar Hidup Baru Dalam Roh telah dianjurkan di Gereja Holy Trinity, dan saya serta keluarga mengikutinya. Melalui seminar tersebut, saya temui sinar baru dalam kehidupan saya, Yesus telah membuka hati saya untuk mahu lebih mengenaliNya.

Saya mendaftarkan diri serta keluarga saya dalam program IKD. Melalui program ini saya temui jawapan-jawapan yang selama ini menjadi persoalan dalam kehidupan saya. Saya juga dapat lebih mengenali diri saya dan dapat memahami perjalanan iman sebagai seorang kristian Katolik.
Melalui bimbingan para facilitator, Tuhan telah membuka hati, mata serta minda saya bahawa mengikuti Yesus dipenuhi dengan sukacita. Melalui kelas IKD juga saya mengenal betapa lengkapnya ajaran yang diturunkan melalui para RasulNya.
Terus terang saya katakan, saya tidak akan berhenti belajar mendalami iman katolik walaupun tamat pembelajaran IKD.
Syukur dan puji Tuhan! Pada masa kini saya dapat lebih mengasihi Tuhan dan sesama manusia setelah dapat mengenaliNya melalui IKD.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent