Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 22, 2014

Duncan Lim dari Gereja St Dominic Lahad Datu telah menemui cahaya Kristus!


Pada permulaan kehidupan saya, saya berasa begitu gelap dan sikap yang sentiasa menghantui saya ialah marah. Saya memang tidak sabar apalagi masalah kerja di pejabat selalu membuat saya marah.
Masa saya belum mengenal Yesus, kehidupan saya memang gelap. Saya memang ingin menyembah kepada Tuhan yang sebenar yang mencipta saya. Dulu sebelum saya masuk IKD, saya belum pernah masuk ke dominasi lain, apalagi agama-agama yang ada di bumi ini. Saya memang mahu berdoa untuk kesejahteraan hidup saya dan keluarga saya. Semasa saya belum mempunyai aliran agama, saya juga membuat kajian tentang agama.
Duncan Lim
Anak saya, Jerry, telah berkahwin, pasangannya membawa dia masuk ke agamanya supaya boleh diberkat kahwin dan mendirikan rumah tangga. Saya hanya menerima kehendak anak saya kerana saya juga turut gembira. Memang pun tanggungjawab saya sebagai ayah. Keinginan saya memang mahu masuk ke aliran agama Kristian Katolik dengan sempurna. Saya mengaku memang saya banyak membuat dosa di muka bumi in
Pada sepanjang kehidupan saya, anak saya Jerry ingin mengajak saya untuk masuk ke aliran agama Kristian Katolik seperti dirinya juga. Dengan itu, Jerry membawa saya dan anak saya (Donald) untuk memasuki kelas IKD. Saya berfikir mungkin inilah peluang saya untuk mengenal Yesus dengan lebih mendalam dan mencari iman yang saya hauskan selama ini. Sepanjang perjalanan saya di IKD, banyak perubahan yang saya alami seperti dapat mengurangkan sikap marah saya. Saya bersyukur kerana telah mengenal Tuhan, Yesus Kristus. Saya juga bersyukur kerana saya dan anak saya Donald akan dibaptis pada musim paskah ini. Saya berharap saya akan sentiasa diberkati dengan iman yang kuat dan meneruskan perjalanan saya  menjadi manusia yang selalu membuat kebaikan dan percaya akan Allah seperti 'Sesiapa yang percaya pada Aku akan mempunyai kehidupan yang kekal.' Selepas dibaptis, tidak akan saya tinggalkan gereja. Amen!

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent