Junior Cyril Richard Voo
Saya berasal dari Tamparuli Sabah. Sebelum saya
mengenali Kristus, saya selalu mengikuti teman saya ke gereja Katolik. Semasa
berada dalam gereja, saya memerhati urutan ritual perayaan, namun saya langsung tidak mengerti. Saya tertarik dengan acara penyambutan, dalam suasana doa dan hening dilatari dengan muzik yang menyentuh hati. Saya teringin benar mahu menyertai acara penyambutan. Saya dimaklumkan bahawa acara penyambutan hanya boleh disertai umat Katolik yang telah dibaptis.
Saat itu, timbul di hati mahu menjadi seorang Katolik. Teman saya menunjukkan jalan caranya untuk menjadi umat Katolik. Akhirnya saya bertemu dengan seorang perempuan yang bertanggungjawab dalam pendaftaran IKD ini. Dari situ bermulalah perjalanan saya dalam IKD. Selama saya berada dalam kelas IKD, saya banyak menerima ajaran, contohnya berdoa dan belajar cara penyambutan.

Saya banyak pelajari dari kelas IKD. Saya mula mengenali, kasihi dan mahu melayani Yesus. Kini saya selalu mahu baca Alkitab, berdoa dan
mengikuti setiap acara gereja yang dijalankan. Saya bersyukur kerana selama
saya berada di kelas IKD ini, banyak cubaan yang saya terima namun saya
teguhkan juga hati bahawa saya sudah mempersiapkan diri untuk mengikuti setiap
ajaran Katolik ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembimbing yang bertungkus lumus serta sunguh-sunguh mengajar dan menggalak saya untuk meneruskan
perjalanan hidup saya sebagai anak Allah.
No comments:
Post a Comment