CALON INISIASI KRISTIAN DEWASA 2013 - 2014
NAMA : ERNIE PETRUS
UMUR : 22 TAHUN
NAMA : ERNIE PETRUS
UMUR : 22 TAHUN
Bukan mudah untuk membuka hati dan mengikuti IKD. Lebih-lebih lagi pembelajarannya mengambil masa selama satu tahun. Walaupun ibu saya ada yang beragama Anglikan dan bapa saya Katolik, namun suara Tuhan sentiasa memanggil saya supaya menyertai IKD.
ERNIE PETRUS |
Selepas ibu saya memeluk agama Katolik maka saya pun tertarik dengan cara-cara Katolik. Lantas, saya menyertai proses IKD pada 2013.
Selain dorongan keluarga dan kawan-kawan, saya dapat mengatasi halangan selama setahun bersama pembimbing. Banyak hal yang telah saya pelajari walaupun masih ada yang saya perlukan untuk meneguhkan kepercayaan saya.
Saya bersyukur kepada Tuhan kerana setelah mengikuti IKD dan belajar firman Tuhan, terbuka pintu hati saya untuk berubah dan menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Saya juga bersyukur dan gembira kerana setelah di baptis, saya telah menerima Yesus sebagai Juruselamat saya.
Sebagai anggota dalam komuniti yang baru, saya akan terus berusaha mendalami pengetahuan tentang Geraja Katolik dan menguatkan iman saya agar terus mengikuti Yesus. Amen
No comments:
Post a Comment