Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, April 12, 2014

Misa Kudus Hari Minggu Palma/Sambutan Hari Belia Sedunia Ke-29 Peringkat Paroki Sandakan

Oleh CHRISTINA LASIUS
SANDAKAN: Kerasulan Belia Paroki Katedral St. Mary, Sandakan akan mengadakan sambutan Hari Belia Sedunia yang ke-29 Peringkat Paroki (World Youth Day) yang bertemakan "Orang Yang Miskin Dihadapan Allah, Kerana Merekalah Empunya Kerajaan Syurga" (Mat 5:3). Hari yang sama juga upacara Pengutusan dijalankan bagi sekumpulan belia yang melayani dalam Kerasulan Belia Paroki.
Hari Belia ini diadakan pada setiap tahun yang mana kiranya sudah 2 tahun Kerasulan Belia Paroki Katedral St. Mary, Sandakan tidak merayakannya dan pada tahun ini hasil daripada perbincangan Kerasulan Belia Paroki, Fr. Sunny Chung serta Sr. Lilian Unsoh, FSIC, Hari Belia Sedunia yang ke-29 ini akan dirayakan bersamaan dengan Minggu Palma iaitu pada 13 April 2014. Sambutan Hari Belia Sedunia pada tahun ini juga merupakan sesuatu yang lebih menarik yang mana Kumpulan Belia CCC (Chinese Coordinating Committee) turut menyertai dalam sambutan ini. 
Misa Kudus Hari Minggu Palma/Sambutan Hari Belia Sedunia Peringkat Paroki akan diadakan pada 13 April 2014, jam 9:30 pagi bertempat di Katedral St. Mary, Sandakan
Terdapat pelbagai persiapan serta pengaturan program yang telah dilakukan untuk sambutan Hari Belia Sedunia yang ke-29 dan pengutusan KBP serta Minggu Palma. Antara persiapan berikut adalah:
 29 Mac 2014, Sabtu
Rekoleksi yang bertujuan untuk persiapan setiap individu dalam pelayanan seterusnya penubuhan KBP Sandakan

7 – 9 April 2014, Isnin - Rabu
Triduum - Persiapan Rohani bagi kejayaan penganjuran Hari Belia Sedunia yang ke-29 Peringkat Paroki

13 April 2014, Ahad
8:00 am Para Belia/semua umat berkumpul di Dewan Paroki
9:30 am > Pemberkatan Daun Palma bertempat di Dewan Paroki/Perarakan menuju ke Katedral
                > Misa Kudus/Perutusan Tim Belia
11:00 am Para belia berkumpul di Dewan Paroki
11:30 am > Time of Life
                  > Ice Breaking/Team Building
12:00 pm Makan tengahari
12:30 pm Time of Life
12:45 pm > Sesi Input: Mesej WYD oleh Fr. Sunny Chung
                  > Group Discussion (Small Group)
                  > Group Discussion (Big Group)
2:30 pm   > Nyanyian Lagu-lagu Rohani
                  > Para Liturgi/Doa Penutup
                  > Bergambar beramai-ramai
                  > Gotong-royong
                  > Sampai berjumpa lagi!

Secara kesimpulannya, objektif program ini dilakukan adalah untuk:
i) Mengumpulkan semua Kerasulan Belia Paroki dan merayakan Hari Belia Sedunia tahun 2014
ii) Persiapan untuk Minggu Suci di samping memahami erti sebenar Salib
iii) Bersatu teguh, saling menyokong dan sentiasa mendoakan semua belia dalam Kerasulan Belia Paroki

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent