Sebelum saya mengikuti kelas IKD, saya langsung tidak
tahu apa-apa tentang agama Kristian. Sebelum ini, saya hanya menemani ibu
saya ke gereja untuk sembahyang. Semasa belajar, saya dapat belajar dari
rakan saya kerana dia telah mengajar saya untuk cuba berdoa ketika menghadapi
masalah dan tekanan dalam pembelajaran saya. Bermula dari situ, saya cuba
berdoa dan berkomunikasi bersama Tuhan. Saya berasa cara ini betul-betul
berkesan dalam kehidupan saya. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menyertai
kelas IKD dengan dorongan keluarga serta rakan-rakan saya.
Sekarang, setelah setahun saya mengikuti proses IKD ini, banyak
yang telah saya pelajari dari segi sejarah, tradisi, dan kisah tentang
ajaran agama Kristian ini. Saya juga dapat memahami bahawa berdoa sahaja tidak
cukup dalam kehidupan kita tetapi juga perlukan iman dan Roh Kudus agar dapat
menguatkan kita dalam segala hal. Kita memohon kepadaNya agar Dia mencampur
tangan dalam kehidupan kita dan keluarga kita.
Apa perubahan dalam kehidupan saya? Bagi saya, perubahan yang saya mengalami ialah dari
segi cara hidup saya. Dulu, sebelum mengenal Kristus, saya selalu membuang waktu dengan sia-sia sahaja. Saya tidak tahu hala tuju saya. Saya juga tidak memahami
agama Kristian dan tidak mengamalkan cara hidup sebagai seorang Kristian.
Sekarang, saya tahu bagaimana berdoa dengan betul dan belajar tentang siapakah
sebenarnya Yesus Kristus, anak Allah. Saya berharap dapat melayani komuniti gereja seperti mana Yesus Kristus telah melayani manusia sejagat. Amen.
No comments:
Post a Comment