Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 22, 2014

Perkongsian Tracy Tauan dari Gereja St Dominic, Lahad Datu


Tracy Tauan

Sebelum mengenal Kristus, kehidupan terasa kosong walaupun mempunyai keluarga dan pekerjaan yang baik. Hati terasa seperti memerlukan sesuatu tetapi tidak tahu apa yang diperlukan. Saya sudah bertunang dan tunang saya pun seperti saya. Tetapi dia berubah setelah bergiat di dalam gereja dan saya juga digalakkan oleh tunang saya.

Selepas mengenali Kristus, saya sangat berterima kasih dengan galakan tersebut. Jiwa dan kehidupan saya terasa aman dan tenang. Saya rasa bersyukur dan serba sedikit melihat dunia dalam pandangan yang lain. Semua yang ada di hadapan kita hanyalah sementara sahaja tetapi dengan kepercayaan kepada Kristus, Roh Kudus akan sentiasa membimbing kita hingga ke hari terakhir. Amen!

1 comment:

  1. May you always be blessed by Jesus Christ. Amen.

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent